NISSAN dan permainan video (video games) memang tidak dapat dipisahkan, terutama yang berkaitan dengan sukan elektronik (e-sukan) membabitkan dunia permotoran. Pengeluar dari Jepun itu memang ada program khas untuk mengangkat bakat-bakat pemain e-sukan hingga dapat jadi pelumba sebenar melalui Nissan GT Academy.
Terbaharu, Nissan menyambut Hari Kebangsaan Permainan Video dengan menghasilkan lakaran kerusi e-sukan yang diilhamkan daripada kenderaan utiliti sukan (SUV)Armada, supercar ikonik, GT-R Nismo dan sedan elektrik (EV) terlaris Leaf.
Nissan sebelum ini pernah memperkenalkan konsep Kerusi Sifar Graviti yang dipasangkan pada kebanyakan model jenama tersebut. Kini konsep sama dihasilkan untuk tiga kerusi tersebut.
BACA >>> 10 Teknologi Angkasa dalam Kereta Nissan Hari Ini
KERUSI UNTUK ESTETIKA, KESELESAN
Pemain e-sukan menghabiskan banyak masa menyempurnakan skil masing-masing dengan duduk atas kerusi dan mengadap skrin TV atau komputer. Jadi, komponen permainan menjadi identiti dan peralatan penting buat mereka yang perlu memilih antara estetika atau keselesaan.
Kerusi Nissan pula menawarkan penyelesaian untuk kedua-dua ciri tersebut berdasarkan pengalaman puluhan tahun dimiliki pengeluar itu dalam merekabentuk kerusi fungsional yang selesa.
BACA >>> Nissan Tunjuk Kehebatan Teknologi ProPILOT 2.0 pada Bola Golf
Nissan yakin dapat memenuhi keperluan ramai pemain e-sukan serata dunia. Antara keistimewaan kerusi e-sukan Nissan ialah fungsi pemanas, penyejuk dan slot USB. Berikut tiga kerusi e-sukan Nissan berserta perincian:
1. NISSAN GT-R NISMO
- Diilhamkan daripada model Nissan paling ikonik
- Diperbuat daripada gentian karbon dan aluminium
- Rekabentuk seperti kerusi lumba untuk prestasi luar biasa
- Menggunakan kulit merah dan sued sintetik
2. NISSAN ARMADA
- Diilhamkan daripada SUV ranggi dan bersaiz besar
- Kerusi kapten dengan hitam Platinum Reserve dan kulit coklat
- Mempunyai fungsi kawalan suhu, pemanasan dan penyejukan
- Sokongan belakang untuk lebih keselesaan
3. NISSAN LEAF
- Diilhamkan daripada kereta elektrik terlaris dunia
- Kemasan permukaan berwarna Gun Metal
- Kemasan kulit kelabu lembut dengan aksen biru elektrik
- Slot pengecas USB
- Perehat kaki
Buat masa sekarang Nissan belum ada sebarang perancangan untuk mengeluarkan kerusi tersebut, tetapi terbuka kepada respon orang ramai melalui undian dalam platform Twitter.
This isn’t a game. We’ve got some new concepts and they aren’t cars. Share your pick of the gaming-inspired styles below. #NationalVideoGamesDay pic.twitter.com/aaNMGssmbf
— Nissan (@NissanUSA) September 12, 2019
Leave a Reply