• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Tunjuk Lakaran Kerusi Khas untuk e-Sukan

Nissan Tunjuk Lakaran Kerusi Khas untuk e-Sukan

September 16, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN dan permainan video (video games) memang tidak dapat dipisahkan, terutama yang berkaitan dengan sukan elektronik (e-sukan) membabitkan dunia permotoran. Pengeluar dari Jepun itu memang ada program khas untuk mengangkat bakat-bakat pemain e-sukan hingga dapat jadi pelumba sebenar melalui Nissan GT Academy.

Terbaharu, Nissan menyambut Hari Kebangsaan Permainan Video dengan menghasilkan lakaran kerusi e-sukan yang diilhamkan daripada kenderaan utiliti sukan (SUV)Armada, supercar ikonik, GT-R Nismo dan sedan elektrik (EV) terlaris Leaf.

Nissan sebelum ini pernah memperkenalkan konsep Kerusi Sifar Graviti yang dipasangkan pada kebanyakan model jenama tersebut. Kini konsep sama dihasilkan untuk tiga kerusi tersebut.

BACA >>> 10 Teknologi Angkasa dalam Kereta Nissan Hari Ini

KERUSI UNTUK ESTETIKA, KESELESAN

Pemain e-sukan menghabiskan banyak masa menyempurnakan skil masing-masing dengan duduk atas kerusi dan mengadap skrin TV atau komputer. Jadi, komponen permainan menjadi identiti dan peralatan penting buat mereka yang perlu memilih antara estetika atau keselesaan.

Kerusi Nissan pula menawarkan penyelesaian untuk kedua-dua ciri tersebut berdasarkan pengalaman puluhan tahun dimiliki pengeluar itu dalam merekabentuk kerusi fungsional yang selesa.

BACA >>> Nissan Tunjuk Kehebatan Teknologi ProPILOT 2.0 pada Bola Golf

Nissan yakin dapat memenuhi keperluan ramai pemain e-sukan serata dunia. Antara keistimewaan kerusi e-sukan Nissan ialah fungsi pemanas, penyejuk dan slot USB. Berikut tiga kerusi e-sukan Nissan berserta perincian:

1. NISSAN GT-R NISMO

  • Diilhamkan daripada model Nissan paling ikonik
  • Diperbuat daripada gentian karbon dan aluminium
  • Rekabentuk seperti kerusi lumba untuk prestasi luar biasa
  • Menggunakan kulit merah dan sued sintetik

2. NISSAN ARMADA

  • Diilhamkan daripada SUV ranggi dan bersaiz besar
  • Kerusi kapten dengan hitam Platinum Reserve dan kulit coklat
  • Mempunyai fungsi kawalan suhu, pemanasan dan penyejukan
  • Sokongan belakang untuk lebih keselesaan

3. NISSAN LEAF

  • Diilhamkan daripada kereta elektrik terlaris dunia
  • Kemasan permukaan berwarna Gun Metal
  • Kemasan kulit kelabu lembut dengan aksen biru elektrik
  • Slot pengecas USB
  • Perehat kaki

Buat masa sekarang Nissan belum ada sebarang perancangan untuk mengeluarkan kerusi tersebut, tetapi terbuka kepada respon orang ramai melalui undian dalam platform Twitter.

This isn’t a game. We’ve got some new concepts and they aren’t cars. Share your pick of the gaming-inspired styles below. #NationalVideoGamesDay pic.twitter.com/aaNMGssmbf

— Nissan (@NissanUSA) September 12, 2019

GALERI

Artikel Berkaitan

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini, Jenama, Nissan Tagged With: aksesori, e-sports, e-sukan, https://www.nissanusa.com/gt-academy.html, Kerusi, Kerusi E-Sport, Kerusi Gamer, Nissan, Nissan GT Academy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my