• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Rela Kena Sailang Lagi, Marquez Tenang Ketepikan Quartararo; Hafizh Dapat Mata Lagi

Tak Rela Kena Sailang Lagi, Marquez Tenang Ketepikan Quartararo; Hafizh Dapat Mata Lagi

September 15, 2019 By Aryon Leave a Comment

951
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


"BIAR dipintas rakan seangkatan, jangan sesekali kepada BBNU (budak baru nak up)!"

Mungkin kata-kata itulah yang menjadi azimat pembakar semangat adinda Marc Marquez untuk mengetepikan saingan adik Fabio Quartararo daripada pasukan satelit Petronas Yamaha SRT dalam aksi sengit di GP San Marino, semalam.

Kemenangan tersebut meletakkan Marquez semakin hampir kepada gelaran juaran MotoGP buat kali keenam selepas jenuh berentap dengan Quartararo hingga lap akhir. Seandainya tewas ia pasti menjadi peristiwa memalukan kerana dua aksi sebelum ini menyaksikan dia dipintas di selekoh akhir kepada Andrea Dovizioso (Mission Winnow Ducati Team) dan Alex Rins (Suzuki Ecstar).

BACA >>> Poncharal: Quartararo 'Satu-Satunya' Pelumba Boleh Cabar Marquez

Dalam aksi di Itali kali ini, pemilik podium 77 kali itu berlumba dengan falsafah 'tenang itu menang' apabila bersabar membuntuti Quartararo dari awal perlumbaan sebelum baru mula menunjukkan belang pada lap akhir.

Bagaimanapun, Quartararo, yang mendahului pelumba senior lain seawal lap ke-3, jelas tidak putus asa apabila pantas bangkit melawan  Marquez di selekoh Turn 4, sebelum akhirnya terpaksa akur dipintas pelumba Sepanyol itu di selekoh Turn 8.

Rookie dari Perancis hampir saja merampas semula posisi depan di Turn 11 dan Turn 14, tetapi gagal mencari ruang yang selesa untuk melakukan keajaiban sebagai rookie pertama menewaskan adinda di lap akhir.

GP Misano turut mencatatkan keputusan yang unik apabila empat tempat di bawah Marquez dibolot pelumba Yamaha daripada pasukan pengilang atau satelit. Selepas Quartararo di tempat kedua ialah Maverick Vinales (3), Valentino Rossi (4) dan Franco Morbidelli (5).

BACA >>> Rossi Tak Terkejut Sangat Quartararo Boleh Dapat Petak Pertama di Jerez

Pelumba negara, Hafizh Syahrin turut beraksi baik apabila menamatkan perlumbaan di tangga ke-15, di atas rakan sepasukan Miguel Oliveira yang disambungkan kontrak bersama Red Bull KTM Tech3. Hafizh kini mengumpul 7 mata keseluruhan.

Related

951
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fabio Quartararo, GP Itali, GP Misano, GP Misano 2019, Marc Marquez, MotoGP 2019, MotoGP Itali

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev