• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Michelin Passion Experience 2019: Pengalaman Rasai Sendiri Kehebatan Tayar Michelin

Michelin Passion Experience 2019: Pengalaman Rasai Sendiri Kehebatan Tayar Michelin

September 15, 2019 By Han Othman Leave a Comment

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MICHELIN Malaysia menganjurkan acara tahunan, 'Michelin Passion Experience' kepada peserta terpilih bagi merasai pengalaman sekali seumur hidup ke dalam dunia Michelin melibatkan aktiviti sukan permotoran, mobiliti dan gastronomi.

Peserta 'Michelin Passion Experience' musim ini berpeluang menjadi pelumba sebenar di trek Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 11 September lalu dengan memandu jentera pelana tunggal, Formula 4. Ini termasuk menguji BMW X3, Ford Ranger dan Seat Leon MK3 TCR di bawah pemantauan dan tunjuk ajar pengajar pandu profesional dan pelumba profesional kelas dunia. Pada masa sama, peserta dapat merasai sendiri kualiti tayar ditawarkan Michelin.

BACA >>> Michelin Pilot Sport Experience 2016: Pengalaman Seumur Hidup Yang Tidak Dapat Dilupakan

Tahun ini, ada empat bengkel pemanduan diberikan:

  • Race of Passion - pengalaman menjadi pemandu kejuaraan Formula.
  • SUV Passion - pandu uji untuk membandingkan tayar prestasi SUV premium, dan memahami peranan tayar ketika membrek dan mengawal kenderaan
  • Off-Road Passion - peserta belajar bagaimana memandu jentera 4x4, Ford Ranger di kawasan off-road, termasuk berlatih rali dan memandu sendiri.
  • Thrilling Passion - sesi dipanggil 'hotlap' ini membolehkan peserta merasai pengalaman duduk dalam jentera lumba TCR an Porsche 718 Cayman yang dipandu pengajar profesional. Kereta akan dipandu mengelilingi setiap selekoh trek Sepang.

Dalam bengkel SUV Passion, peserta dapat menguji tahap kualiti tayar baharu Michelin Pilot Sport 4 SUV, yang memang dibangunkan khas untuk jenis kenderan utiliti sukan (SUV).  Menurut Michelin, prestasi hebat tayar baharu ini diperoleh menerusi kerjasama pembangunan yang dijalinkan bersama pengeluar kereta ternama.

BACA >>> Michelin Pilot Sport 4 SUV - Tayar Khas SUV yang Lebih Tahan Lama, Ekstra Cengkaman

Hasilnya ialah tayar yang menawarkan cengkaman dan keselamatan cemerlang dalam apa saja situasi pemanduan, sama ada jalan kering atau basah, memiliki jangka hayat lebih lama dan tahan lasak, keselesaan optimum dan kebisingan minimum bagi meningkatkan pengalaman pemanduan selesayang selesa.

Di penghujung sesi 'Michelin Passion Experience' setiap peserta diberikan set makanan MICHELIN Guide Gourmet Gift Box yang dihasilkan dua restoran Michelin Star di Thailand: Mezzaluna (2 Michelin Star) dan Saawaan (1 Michelin Star).

Peserta turut dihidangkan makan malam eksklusif disediakan Chef Sun Kim dari Restoran Meta di Singapura yang berstatus 1 Michelin Star dengan hidangan Asia berasaskan ilham Perancis klasik.

BACA >>> Michelin Tweel - Inovasi Tayar Mati Tanpa Perlu Isi Angin

GALERI

Related

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aksesori, Aksesori Aftermarket, Auto Terkini, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Michelin, Michelin Malaysia, Michelin Passion Experience, Michelin Pilot Sport 4 SUV, tayar michelin, Tayar SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev