• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mana Ada Pakai Baju YSuku Kena Saman!

Mana Ada Pakai Baju YSuku Kena Saman!

September 15, 2019 By Han Othman Leave a Comment

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS mengesahkan foto surat saman yang kononnya pemakai baju YSuku akan disaman adalah PALSU.

Foto surat saman palsu dengan amaran supaya sesiapa tidak memakai baju YSuku itu tular di media sosial sejak kelmarin hingga menyebabkan kebimbangan orang ramai.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at dipetik HMetro berkata, foto tular palsu itu dimaklumkan orang awam kepada seorang pegawai JSPT dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang mendakwa polis trafik daerah itu mengeluarkan saman terbabit jam 10.15 pagi semalam.

BACA >>> Polis: Ubah Suai YSuku Tanpa Kebenaran Boleh Kena Sita!

“Semakan terhadap nombor siri saman tular iru mendapati ia dikeluarkan pada 2007 atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan saman sudah dijelaskan.

“Pegawai trafik terbabit mengesyaki saman tular itu diubah individu tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan kegusaran orang awam terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Azman berkata, pegawai trafik berkenaan kemudian bertindak membuat laporan di IPD Petaling Jaya berhubung kejadian itu.

“Tujuan pegawai trafik membuat laporan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu ini.

“Tindakan ini (memalsukan saman) dilihat cuba untuk menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), terutama Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Petaling Jaya,” katanya.

BACA >>> Selepas Teruk 'Kena Bahan', Giliran Shuib Pula Tayang YSuku 'Power' dan Sindir Zizan

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

KOMEN KAMI

Tukang sebar tu dah boleh dah pergi menyorok. Padannn....

Related

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, PDRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Trafik, Sama Polis, Saman Pakai Baju YSuku, Yamaha Y15ZR, Yamaha YSuku

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev