• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sepandai-Pandai Geng Midi Rembat Motor, Akhirnya...

Sepandai-Pandai Geng Midi Rembat Motor, Akhirnya...

September 13, 2019 By Aryon Leave a Comment

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Taiping berjaya menumpaskan kumpulan curi motosikal di daerah itu selain Kuala Kangsar dan Kerian, yang dikenali sebagai Kumpulan Midi dengan tertangkapnya ketua dan anggota kumpulan itu dalam beberapa serbuan sejak awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP, Osman Mamat berkata, kumpulan Midi dianggotai 12 lelaki berusia antara 21-47 tahun dan semua mereka ditahan dalam serbuan sekitar bandar Taiping bermula 7 September hingga semalam.

Menurutnya, pasukan khas Ops Lejang Khas Geng Midi membuat beberapa serbuan berasingan sekitar Taiping berikutan kes kecurian motosikal yang mencecah nilai RM30,000.

BACA >>> Teknik Serbu, Tahan Suspek Bantu Kurangkan Jenayah Curi Motor di UK

“Dalam serbuan itu polis berjaya merampas beberapa barangan seperti lima motosikal, tiga rangka motosikal, spanar dan sebuah mesin mencanai,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, hari ini.

Osman berkata, modus operandi Kumpulan Midi, yang aktif awal tahun ini membabitkan 18 kes sejak Februari lalu, adalah mesasarkan motosikal di surau, pagar rumah tidak berkunci atau yang ditinggalkan di kawasan sunyi.

"Motosikal yang dicuri dijual dengan harga antara RM300 hingga RM400 sebuah dengan tujuan membeli dadah kerana semua mereka terbabit dengan dadah," kata Osman. Semua suspek ditahan direman hingga 14 September untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

BACA >>> Baru Seminggu Beli Motor, Kepala Yamaha Y15ZR V2 Sudah Kena Curi

Related

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev