BAGI pemandu yang ada anak kecil, perihal keselamatan anak-anak dalam kereta bukan saja jadi keutamaan, tetapi juga keselesaan. Kasihan pula rasanya melihat kepala si anak terlentuk-lentuk ke depan dan tepi ketika tidur dalam kereta. Kebetulan pula perjalanan agak jauh dan memakan masa berjam-jam lama. Sudah tentu memerlukan bantal kereta kanak-kanak bukan?
Sesetengah jenis kerusi kanak-kanak memang boleh dibaringkan supaya postur badan anak tidak terganggu. Tetapi bagi kerusi jenis baru yang dilengkapi pautan ISOFIX, tentu sukar melakukannya. Apakah penyelesaiannya?
Anda sebenarnya boleh beli bantal khas sebagai penyendal dan alas untuk kepala si anak. Siapa sangka terdapat pelbagai bentuk bantal kereta yang cantik dan kreatif, misalnya bantal yang disarungkan bersama tali keledar. Jadi apa lagi, cepat cari butik atau kedai barangan kanak-kanak terdekat. Kalau tiada, beli saja secara online dari luar negara. 😀
NOTA: Contoh gambar terakhir sekadar hiburan semata-mata dan berbahaya dilakukan ketika kereta sedang bergerak. Harap maklum.
Leave a Reply