NISSAN berjaya menyelesaikan masalah pemain golf untuk memukul leret terus ke lubang menerusi konsep teknologi yang diilhamkan daripada ProPILOT 2.0.
ProPILOT 2.0 ialah teknologi bantuan pemandu yang akan diperkenalkan Nissan pada model Skyline baharu di Jepun, bulan ini. Ia direka untuk pemanduan lebuh raya secara tanjakan masuk dan keluar (ramp-to-ramp) yang dihubungkan menerusi sistem navigasi supaya kenderaan dapat dipandu mengikut laluan ditetapkan sesebuah lebuh raya itu.
ProPILOT 2.0 ialah sistem bantuan pemandu pertama dunia yang menggabungkan fungsi tersebut dengan keupayaan pemanduan bebas-tangan sambil memandu di lorong tunggal.
BACA >>> 10 Teknologi Angkasa dalam Kereta Nissan Hari Ini
Sama seperti teknologi termaju ProPILOT 2.0 Skyline, bola golf ProPILOT yang dipukul pemain golf akan bergerak ke sasaran dengan mengikut laluan ditetapkan lebih awal.
Ini memberikan keyakinan kepada pemain untuk mencapai sasaran dengan mudah bagi setiap pukulan leret. Menggunakan teknologi yang dipengaruhi Mobiliti Pintar Nissan (Nissan Mobility Intelligent, NMI), bola golf dapat mencari haluan seniri dengan merentas padang hijau hingga masuk ke dalam lubang dengan hanya pukulan leret pertama.
Asasnya, kamera akan mengesan kedudukan bola dan lubang. Apabila bola dipukul, satu sistem pemantauan bertindak menghitung laluan yang betul berdasarkan pergerakan bola dan melaraskan trajektori. Hasil gabungan teknologi pengesanan dan motor elektrik dalaman, bola golf ProPILOT bergerak tetap di laluannya hingga mendekati lubang dan membuatkan pemain golf terasa seperti seorang profesional.
Bola golf ProPILOT 2.0 Nissan adalah konsep teknologi terkini yang diilhamkan teknologi NMI. Antara konsep teknologi lain yang pernah didedahkan ialah Kerusi Tempat Letak Kereta Pintar, Kerusi ProPILOT dan ProPILOT Park Ryokan (menampilkan selipar simpan-sendiri)
BACA >>> Nissan Buktikan Kehebatan Teknologi ProPILOT, Selipar Pun Boleh Parkir Sendiri
Leave a Reply