• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Konsep Sedan Impreza: Apakah Subaru Mula Serius Masuki Pasaran Massa?

Konsep Sedan Impreza: Apakah Subaru Mula Serius Masuki Pasaran Massa?

April 21, 2016 By Azhan O 1 Comment

FacebookTwitter

konsep-sedan-impreza

TAHUN lalu Subaru mendedahkan rekabentuk konsep sedan Impreza yang jelas menyerlahkan dimensi baharu model popular berkenaan. Seperti anda lihat, konsep baharu itu jelas mewarisi falsafah rekabentuk 'dinamik dan solid' yang mahu ditonjolkan Subaru.

Model konsep Impreza dengan hatchback 5-pintu dipersembahkan kepada pengunjung Tokyo Motor Show ke-44 pada Oktober 2015, manakala versi konsep sedan didedahkan di Los Angeles Auto Show, sebulan kemudian.

subaru-impreza-5-door-hatchback-concept
subaru-impreza-sedan-concept
subaru-impreza-sedan-concept-front-side

Menurut Subaru, pelan rekabentuk baharu tersebut dipanggil 'Dinamik & Solid' dengan menggabungkan garis karakter penuh keterujaan bersama permukaan aerodinamik yang direka halus. Malah, gaya Impreza bukan sekadar menyerlahkan faktor kecantikan, tetapi turut memainkan elemen fungsional yang membantu mengalirkan udara dengan lancar ketika kereta sedang bergerak.

Konsep sedan Impreza bakal menerajui barisan hadapan generasi baharu Subaru yang seiring dengan pelan rekabentuk 2020 dan dijangka berada dalam proses pengeluaran tahun hadapan, di mana model pertama menjengah pasaran pada penghujung 2016.

Apakah Impreza kini sudah mula serius mahu menembusi pasaran kenderaan massa di peringkat antarabangsa dan bukan sekadar berlegar di kalangan peminat jenamanya sahaja? Sama-samalah kita tunggu detik tersebut tidak lama lagi. 🙂

subaru-impreza-sedan-concept-back
subaru-impreza-sedan-concept-back-
subaru-impreza-sedan-concept-back-side
subaru-impreza-sedan-concept-detail
subaru-impreza-sedan-concept-detail-front
subaru-impreza-sedan-concept-front-
subaru-impreza-sedan-concept-side
subaru-impreza-sedan-concept-wheels

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Impreza, kereta konsep, konsep sedan Subaru Impreza, Roda4, Subaru, Subaru Impreza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev