• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Legenda Max Biaggi Jadi Pemilik Pertama Model Aprilia Paling Buas, RSV4 X

Legenda Max Biaggi Jadi Pemilik Pertama Model Aprilia Paling Buas, RSV4 X

September 6, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


DIAM tidak diam sudah sedekad Aprilia RSV4 diperkenalkan. Sempena meraikan legasi tersebut dan seiring kemenangan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Aprilia menghasilkan model khas dinamakan RSV4 X yang dihasilkan 10 unit sahaja. Tempahan secara talian dibuka pada April lalu.

Model edisi terhad itu, yang berharga €40,000 (RM184,628), kini bersedia diserahkan kepada 10 pemilik bertuah. Menariknya, pemilik pertama RSV4 X ialah bekas pelumba Kejuaraan Dunia Grand Prix 250cc, 500cc dan MotoGP, Max Biaggi yang sebelum itu terlebih dulu menguji jentera tersebut di Litar Mugello.

BACA >>> Aprilia RSV4 X Versi Trek Edisi Terhad yang Lebih Laju, Cuma 10 Unit Berkuasa 225hp!

Pelumba MotoGP, Andrea Iannone daripada pasukan Aprilia Racing Team Gresini pula akan menjadi pemilik kedua RSV4 X tidak lama lagi sebelum lapan pemilik lain bakal menyusul.  Superbike buatan tangan itu dipacukan enjin 1,078cc V4 berkuasa 222hp.

Kuasa sebuas itu dicapai menerusi enjin dengan aci sesondol ambilan (intake camshaft) baharu dan spring balik injap (valve return spring) baharu, penutup (cap) dan tapet buket (bucket tappet) yang membolehkan aci (shaft) dipacu dengan profil sesondol (cam) lebih agresif.

RSV4 X memilik berat kering 165kg, berkurangan 12kg daripada model biasa menerusi penggunaan komponen ringan seperti fairing gentian karbon, tangki minyak ringan dan sistem ekzos titanium Akrapovic.

BACA >>> Pengasas dan Bekas Presiden Aprilia, Ivano Beggio Meninggal Dunia [1944-2018]

Aprilia-RSV4-X-03
Aprilia-RSV4-X-02
Aprilia-RSV4-X-06

Paling menarik, Aprilia memindahkan posisi neutral dalam kotak gear ke bawah gear 1 yang dinamakan sebagai Aprilia No Neutral (ANN). Menurut pengeluar Itali itu, ciri ANN berfungsi melajukan anjakan antara gear pertama dan kedua, serta mengelakkan berlaku situasi neutral palsu.

RSV4 X juga menjadi motosikal pengeluaran pertama menggunakan kaliper Brembo GP4-MS baharu yang dipadankan dengan cakera T-Drive dan silinder master radial 19×16 daripada jenama sama.

BACA>>>Aprilia RSV4 RF Limited Edition - Superbike Pertama Ada Winglet, Cuma 125 Unit
BACA>>>Aprilia RSV4 X Versi Trek Edisi Terhad yang Lebih Laju, Cuma 10 Unit Berkuasa 225hp!

GALERI
Aprilia-RSV4-X-01
Aprilia-RSV4-X-02
Aprilia-RSV4-X-03
Aprilia-RSV4-X-04
Aprilia-RSV4-X-05
Aprilia-RSV4-X-06
Aprilia-RSV4-X-07

SUMBER: Asphaltandrubber

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia, Aprilia RSV4, Aprilia RSV4 X, lumba superbike, Max Biaggi, MotoGP, roda2, RSV4, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev