• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 3 Tanda Mudah Kesan Gelang Piston Sudah Haus

#TahukahAnda: 3 Tanda Mudah Kesan Gelang Piston Sudah Haus

September 6, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GELANG piston (piston ring) adalah salah satu komponen enjin yang tidak akan cepat rosak atau haus. Tetapi jika rosak, prestasi kenderaan boleh merosot dan menyebabkan pencemaran udara. Kehausan gelang piston berlaku apabila bahagian tepi menghakis.

Hakisan tersebut akan mengecilkan diameter gelang hingga celahan silinder semakin melebar. Bagaimanakah mahu mengetahui tanda-tanda yang gelang piston kenderaan anda bermasalah?

1. MINYAK ENJIN CEPAT KURANG

Gelang piston antara celahan piston dan blok silinder sepatutnya rapat supaya minyak enjin dari takungan minyak tidak mengalir masuk ke kebuk pembakaran. Tetapi jika gelang piston haus, minyak enjin akan lebih mudah memasuki ruang pembakaran ketika piston sedang bergerak naik-turun.

Pergerakan itu boleh menyebabkan minyak dalam tangki bergejolak hingga membuatkan ia naik ke kebuk pembakaran bakar kerana celahan gelang yang membesar. Kesannya minyak enjin akan turut terbakar hingga kuantiti bahan pelincir itu berkurangan.

BACA >>> #TahukahAnda: Mana Lebih Elok, Isi Minyak Penuh atau Sikit-Sikit?

2. EKZOS KELUAR ASAP PUTIH

Asap putih yang keluar berpunca daripada minyak enjin yang terbakar dalam kebuk pembakaran. Ini ada kaitan dengan simptom pertama di atas.

Jadi jika anda nampak ada asap putih nipis (agak kebiruan) keluar dari ekzos apabila enjin dihidupkan, cuba periksa kuantiti minyak enjin. Jika minyak berkurangan, periksalah kehausan gelang piston kereta anda.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kenapa Cermin Tingkap Kuasa Susah Naik-Turun? Periksa 3 Perkara Ini

3. BUNYI ENJIN KASAR

Bunyi enjin sepatutnya menderum halus. Tetapi jika ada kebocoran mampatan, bunyi enjin akan bertukar kasar yang kurang sedap didengar. Jadi segeralah periksa gelang piston kereta anda. Ingat, jika muncul tiga tanda ini, buatlah pemeriksaan segera supaya situasi tidak jadi lebih teruk.

BACA >>> LEGO Technic Bugatti Chiron dengan Spoiler Aktif dan Piston Bergerak

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, Auto Terkini, Combustion Enjin, enjin, enjin piston, Gelang Piston, Gelang Piston Haus, Omboh, piston, Piston Ring, Piston Ring Haus, ring piston, TahukahAnda, tip kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my