• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Panigale V4 25° Anniversario 916 Nombor 005 Mahu Dilelong untuk Yayasan Carlin Dunne

Ducati Panigale V4 25° Anniversario 916 Nombor 005 Mahu Dilelong untuk Yayasan Carlin Dunne

September 6, 2019 By Aryon Leave a Comment

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN ini Ducati meraikan jubli perak untuk model 916 yang diperkenalkan pada 1994 dan kini kekal sebagai model paling penting buat jenama motosikal dari Itali itu. Sempena meraikan ulang tahun itu, Ducati pada Julai lalu memperkenalkan model edisi khas, Panigale V4 25º Anniversario 916 di Laguna Seca pada acara WorldSBK Amerika.

Terbaharu, Ducati mengumumkan mahu melelong salah satu unit model tersebut dengan siri nombor 005/500 untuk dijadikan dana kebajikan.

BACA >>> Ducati Panigale V4 25º Anniversario 916 Sempena Tribut Superbike Ikonik 916

Menurut Ducati, wang lelongan Panigale V4 25º Anniversario 916 akan didermakan kepada Yayasan Carlin Dunne (CDF) yang mana tempoh lelongan sudah pun bermula hingga 15 September ini menerusi eBay. Setakat artikel ini ditulis, jumlah lelongan terkini sudah mencapai AS$42,500 (RM178,540).

Panigale V4 25º Anniversario 916 dilengkapkan komponen Ducati Corser dengan badan gentian karbon, aksen aluminium dan seragam yang diilhamkan daripada model ikonik Ducati 966.

TRIBUT KEPADA CARLIN DUNNE

Nombor siri 005 dipilih sebagai tanda penghormatan kepada nombor digunakan mendiang Carlin Dunne yang maut akibat kemalangan ketika berlumba di 97th Pikes Peak International Hill Climb.

Dunne, 36, maut dalam cubaan mencatatkan rekod baharu apabila prototaip Ducati Streetfighter V4 yang ditunggangnya hilang kawalan hingga menyebabkan beliau kemalangan kira-kira suku batu (400 meter) sebelum garis penamat. Kematian beliau turut membuatkan penganjur Pikes Peak Hill Climb membatalkan perlumbaan itu tahun depan.

CDF ditubuhkan selepas kematian Dunne sempena memperingati pelumba itu dan legasi ditinggalkannya. Yayasan berkenaan menumpukan kepada usaha mempromosikan pembangunan sumber pencegahan dan menyediakan sokongan kepada atlet yang didiagnosis mengalami Sindrom Konkusi, Ensefalopati Traumatik Kronik (CTE) dan kecederaan otak traumatik.

BACA >>> Ducati Panigale V4 S RC - Motosikal RC Pertama Dunia yang Boleh Wheelie

Maklumat lanjut mengenai CDF boleh layari www.carlindunne.org.

GALERI
ducati-panigale-v4-005-dunne-1
ducati-panigale-v4-005-dunne-2
ducati-panigale-v4-005-dunne-3
ducati-panigale-v4-005-dunne-4
ducati-panigale-v4-005-dunne-5
ducati-panigale-v4-005-dunne-6
ducati-panigale-v4-005-dunne-7
ducati-panigale-v4-005-dunne-8
ducati-panigale-v4-005-dunne-9
ducati-panigale-v4-005-dunne-10
ducati-panigale-v4-005-dunne-11
ducati-panigale-v4-005-dunne-12
ducati-panigale-v4-005-dunne-13
ducati-panigale-v4-005-dunne-14
ducati-panigale-v4-005-dunne-15
ducati-panigale-v4-005-dunne-17
ducati-panigale-v4-005-dunne-18
ducati-panigale-v4-005-dunne-19
ducati-panigale-v4-005-dunne-20
ducati-panigale-v4-005-dunne-21

Related

62
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 97th Pikes Peak International Hill Climb, Auto Terkini, Carlin Dunne, Carlin Dunne Foundation (CDF), Ducati, Ducati Panigale V4 25° Anniversario 916, eBay, lelong, Lelong Motosikal, superbike, Yayasan Carlin Dunne

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev