PAKAR kustom dari Thailand, K-Speed tampil dengan idea ekstrem apabila mengubah suai gaya retro Yamaha XSR 155 menjadi jentera off-road radikal.
Bagi mendapatkan hasil seperti itu, K-Speed merombak sepenuhnya bahagian panel badan dengan menggunakan barangan aftermarket untuk mendapatkan kemasan agresif. Bahagian fasia depan diletakkan dua lampu bulat pada gad rempuh yang mengingatkan kita kepada gaya lampu Triumph Street Triple.
Sistem pencahayaan ditingkatkan lagi dengan sepasang lampu tambahan yang dipasangkan di sisi bawah. Fender depan ditanggalkan, manakala ruang kokpit mengekalkan konsol instrumen asal.
BACA >>> Yamaha XSR 155 Khas Buat Peminat Retro Klasik Lancar di Thailand, Harga RM12k
Bar hendal flat dipadankan dengan punat gear aftermarket. Rekabentuk asal tangki minyak dikekalkan, tetapi bahagian atas diberikan sentuhan kustom. Ia kemudian dipadankan dengan pelana buatan sendiri yang diletakkan pada subfrem kustom.
Rak barang kecil dipasangkan di belakang pelana yang di bawahnya kelihatan dua paip ekzos menjulur keluar. Bagi mendapatkan jarak redaman dan ruang suspensi lebih baik, lampu belakang aftermarket bentuk bulat kecil dipilih untuk diselitkan di tengah dwi ekzos. Kowl enjin masih original, tetapi disemburkan cat yang seragam dengan tangki minyak.
BACA >>> Yamaha Thailand Tayang Tiga Model XSR 155 Versi Kustom, Bukan untuk Dijual!
Ada beberapa perubahan mekanikal lain dibuat seperti brek cakera depan dan talaan brek menggunakan kaliper Brembo. Absorber belakang menggunakan unit aftermarket, manakala set depan mengekalkan fork terbalik (USD). Melengkapkan lagi gaya off-road jentera ini ialah rim jejari yang dibalut tayar dadu bersaiz besar.
Perubahan mekanikal tidak dinyatakan. Trenkuasa asal XSR 155 dijana enjin yang sama seperti YZF-R15 v3.0 dan MT-15, iaitu silinder tunggal 155cc penyejukan cecair berkuasa 19.3hp dan tork 14.7Nm.
BACA >>> Yamaha Siapkan XSR 250 Gaya RZ Klasik, dan MT-25 dengan Lampu Mata?
BACA >>> Honda CBF190TR Lancar di China, Tracker Retro yang Bakal Saingi Yamaha XSR155
GALERI
SUMBER: IndianAutosBlog
Leave a Reply