TAHUN 2020 seakan menjadi tahun yang perit buat pasaran motosikal di Eropah. Ini kerana tahun depan adalah tahun terakhir regulasi Euro4 untuk motosikal kerana menjelang 2021, regulasi Euro5 secara rasmi dilaksanakan. Jadi, setiap pengeluar diwajibkan lulus regulasi tersebut jika mahu menjual produk motosikal di Eropah.
Selepas Suzuki melancarkan barisan model 2020, kini giliran Yamaha pula, tetapi hanya sekadar memperkenalkan warna baharu untuk model R6, R3 dan R125 di Eropah, iaitu Icon Blue (biru) dan Midnight Black (hitam).
BACA >>> Yamaha R25 Facelift (2019) Kini Di Pasaran, Harga RM19,998 - Sampai Kedai Berapa Pula?
Warna biru sangat identik dengan warna korporat Yamaha dengan perincian putih seakan kelabu. Warna hitam pula disembur hampir pada setiap bahagian dengan tulisan identiti R6 dan R3 dilakar samar. Model R125 (2020) pula menerima satu warna tambahan berbeza, iaitu Competition White (putih).
Menjelang pelaksanaan Euro5 pada 2021, ada kemungkinan Yamaha akan mengemas kini aspek mekanikal barisan model R Series. Ini kerana enjin akan menjadi bahagian pertama perlu dirombak bagi memenuhi syarat regulasi baharu. Mungkin ada perubahan dari segi ciri elektronik, penambahan injap variabel, ekzos dikemas kini dan lain-lain.
Apapun, kita tunggu dan lihat saja.
BACA >>> Honda CBR650R dan CB650R Kini di Malaysia, Harga Bermula RM43k
BACA >>> YZF-R3 Debut dengan Seragam Monster Energy Yamaha MotoGP
Leave a Reply