• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vietnam Lancar Honda Wave RSX FI 110 dengan Wajah Baharu, Naik Taraf Lebih Moden

Vietnam Lancar Honda Wave RSX FI 110 dengan Wajah Baharu, Naik Taraf Lebih Moden

September 4, 2019 By Aryon Leave a Comment

1000
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK lebih sedekad lalu, Honda Wave RSX tampil dengan pelbagai versi naik taraf berbeza di pasaran Vietnam. Namun, rata-rata versi naik taraf terdahulu cuma perubahan dari segi kosmetik atau rupa luaran kapcai sesaran kecil itu.

Tetapi, Wave RSX FI 110 generasi baharu yang baru saja dilancarkan Honda Vietnam menampilkan pembaharuan mengejutkan. Dari depan, Wave RSX mengekalkan gaya tersendiri dalam bentuk-V , tetapi berubah garis badan yang memberikan rupa lebih sporty dan agresif.

Sistem lampu kapcai ini turut diubah yang kali ini tiada lagi suis untuk menghidupkan lampu (sama seperti kapcai di Malaysia).  Ciri baharu ini sesuatu yang baharu dan unik berbanding pesaing lain untuk pasaran motosikal di Vietnam.

BACA >>> Honda Wave Alpha Dapat Seragam Baharu Sambut 2019, Hitam-Kuning Paling Memikat

Suis penghidup juga dinaik taraf dengan fungsi bersepadu, terdiri daripada kunci elektrik, kunci magnetik, kunci leher dan kunci pelana.

Rekabentuk belakang jelas diubah apabila lampu belakang diposisikan lebih tinggi dan tirus berbanding model terdahulu. Penampilan baharu kali ini membuatkan kelibat Wave RSX tampak lebih sporty dan segar di jalanan.

BACA >>> Nah, 11 Foto Honda Wave 125i (2019)! Kemas Kini Laman Web Mungkin Tahun Depan Kot

Panel pemuka Wave RSX turut disegarkan sepenuhnya dengan rekaan simetri yang lebih seragam, kompak dan kemas. Disusun sebaris di atas jarum spidometer ialah logo RSX, indikator posisi gear  dan indikator signal belok, manakala indikator minyak diletak di bawah.

Wave RSX dipacu enjin sama seperti model terdahulu, jenis 4-lejang silinder tunggal 110cc penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang menghasilkan kuasa 8.6hp @ 7,500rpm dan tork 8.7Nm @ 6,000rpm. Ini bermakna tiada perbezaan signifikan dari segi prestasi model lama dan baharu.

Wave RSX FI 110 ditawarkan dalam tiga varian pada harga seperti berikut:

  • Brek dram dengan rim jejari - 21,690,000 dong (RM3,920)
  • Brek cakera depan dengan rim sport - 24,690,000 dong (RM4,470)
  • Brek cakera dengan rim jejari - 22,690,000 dong (RM4,110)

Warna pula ada 6 pilihan: merah-hitam, kelabu-merah (untuk varian brek cakera sahaja), biru kelabu gelap, merah-putih, biru hitam dan kelabu gelap. Di pasaran Vietnam, model kapcai ini akan bersaing dengan Yamaha Sirius FI.

BACA >>> 8 Kapcai Bajet Mesra Subsidi Sempena Sambut 2019

GALERI

Related

1000
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda Vietnam, Honda Wave, Honda Wave RSX FI 110, Kapcai, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev