• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Shark Race-R Pro GP Perkenal Tiga Warna Edisi Terhad Sempena Aniversari ke-30

Shark Race-R Pro GP Perkenal Tiga Warna Edisi Terhad Sempena Aniversari ke-30

September 4, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA ulangtahun ke-30, pengeluar helmet dari Perancis, Shark Helmets melancarkan tiga warna edisi terhad untuk model Race-R Pro GP, iaitu cuma 663 unit untuk setiap warna Red Carbon Black (merah), Black Carbon Pearl (hitam) dan White Carbon Black (putih).

Helmet tersebut turut didatangkan dengan spoiler aerodinamik, sama seperti digunakan mantan pelumba MotoGP, Scott Redding dan pelumba MotoGP, Johann Zarco. Helmet edisi terhad itu dijual pada harga  £819.99 (RM3,790).

Dibangunkan khas untuk tunggangan trek, pembuatan helmet Race-R Pro GP dihasilkan menerusi ujian canggih pasukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) Shark dengan mendapat kerjasama daripada dua pelumba itu.

BACA >>> Shark Keluar Topi Keledar Edisi Terhad - Rai Juara Moto2 (2015-2016), Ada 1,500 Unit Sahaja

shark-helmets-race-r-progp-limited-red
shark-helmets-race-r-progp-limited-red-3
shark-helmets-race-r-progp-limited-red-2
shark-helmets-race-r-progp-limited-white-black-3
shark-helmets-race-r-progp-limited-white-black
shark-helmets-race-r-progp-limited-white-black-2
shark-helmets-race-r-progp-limited-black-white-2
shark-helmets-race-r-progp-limited-black-white-3
shark-helmets-race-r-progp-limited-black-white

Race-R Pro GP dibangunkan menggunakan teknologi Perkomputeran Dinamik Bendalir (Computational Fluid Dynamics, CFD) yang menyumbang kepada kecekapan aerodinamik terbaik dalam halaju tinggi dengan meminimumkan daya seret, dan getaran serta memaksimumkan kestabilan.

Bagi keselamatan optimum, Race-R Pro GP menawarkan ciri Sistem Keselamatan Spoiler Pantas (Quick Spoiler Safety System, QSSS) yang akan menanggalkan spoiler apabila terjatuh bagi mengehadkan impak kejutan sekunder. Bahagian cengkerang menggunakan struktur aramid dan karbon, Carbon On View and Aramid structure (COVA) bagi meningkatkan rintangan lebih baik.

BACA >>> Shark Evo-One 2 - Helmet Full Face Dua Homologasi Pertama Dunia

Race-R Pro GP menggunakan material Polistirena Diperluas (EPS) multi-ketumpatan di zon berbeza pada helmet untuk meningkatkan penyerapan kejutan dan redaman optimum. Bahagian dalaman helmet dipasangkan fabrik dua warna 'Alveotech' dengan rawatan sanitasi bagi menghalang bakteria merebak.

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, helmet, helmet Shark, Shark, SHARK Helmets, Shark Race-R Pro GP, topi keledar, topi keledar edisi terhad Shark

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev