• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Kekal Momentum Jualan Setiap Bulan, Yakin Atasi Rekod Jualan 2018 Lebih Awal

Proton Kekal Momentum Jualan Setiap Bulan, Yakin Atasi Rekod Jualan 2018 Lebih Awal

September 4, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON meneruskan momentum prestasi jualan memberangsangkan untuk tahun ini dengan rekod 9,127 unit kereta dijual sepanjang Ogos, mewakili 17.6 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk bulan tersebut.

Rekod tersebut menyumbang kepada pegangan pasaran keseluruhan sebanyak 15.3 peratus, sekali gus menjadikan Proton antara lima jenama automotif yang mencatatkan jumlah pertumbuhan dua angka.

Pengeluar nasional itu kini berada di landasan betul dan dijangka melepasi rekod jualan 2018, 64,744 unit. Setakat Ogos lalu, Proton merekodkan jualan 61,396 unit dengan angka pertumbuhan jualan dijangka kekal hingga hujung tahun ini.

BACA >>> Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam Tempoh 46 Bulan, SUV X70 Kekal Hero !

Proton juga yakin dapat mencapai sasaran jualan tahunan sebelum akhir September ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata, Proton mencatatkan pertumbuhan jualan terbaik berbanding lima jenama terkemuka pada tahun ini walaupun TIV menurun 5.8 peratus.

"Pertumbuhan jualan sebanyak 36 peratus menunjukkan Proton berada di landasan betul dengan inisiatif seperti pembukaan lebih banyak cawangan Pusat 3S dan 4S, dan penambahbaikan perkhidmatan pelanggan dan kualiti produk yang ditetapkan untuk tahun ini. Kami yakin akan dapat mengakhiri 2019 dengan kedudukan yang kukuh," katanya.

BACA >>> Selepas Lebih 3 Tahun, Proton Rampas Semula Takhta Kedua Pengeluar Terlaris Malaysia

TEMPAHAN SAGA LEBIH 10,000 UNIT

Proton Saga (2019) yang dilancarkan 6 Ogos lalu kini sudah mencatatkan tempahan lebih 10,000 unit. Menariknya, 1,000 unit ditempah secara atas talian dengan fi serendah RM9.99. Disebabkan sambutan luar biasa, Proton memutuskan melanjutkan tempoh tempahan atas talian hingga 17 September ini.

BACA >>> Proton Sasar Jual 100k Unit Kereta Tahun Depan, Mahu Jadi Nombor Satu di Malaysia!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 proton saga, angka jualan proton, Auto Terkini, harga Proton Saga (2019), jualan, Proton, Rekod jualan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my