• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Yamaha Exciter dengan Kos Modifikasi Lebih Mahal daripada Axia

#BikinMotor: Yamaha Exciter dengan Kos Modifikasi Lebih Mahal daripada Axia

September 4, 2019 By Aryon 2 Comments

4.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Exciter 150 ini pernah merangkul tiga hadiah utama dalam pertandingan rekabentuk motosikal cantik seluruh Vietnam. Anda mungkin setuju, tambah-tambah lagi jika mengaku pencinta YSuku, selepas melihat foto dan membaca lanjutan artikel di bawah ini.

Kebanyakan perincian asal digantikan dengan barangan kustom yang dipinjamkan daripada jentera kuasa besar. Antaranya rim saiz besar, dwi brek cakera bersaiz besar dan fork terbalik (USD).

BACA >>> Penangan Winner X, Yamaha Exciter Vietnam Kini Lebih Murah daripada Harga Cadangan

Lebih spesial, 'YSuku Vietnam' ini memiliki plat nombor unik 11.111 yang pastinya menaikkan nilai pasaran model ini. Ya, orang Vietnam pun gila nombor plat cantik juga.

Antara aksesori dan barangan mewah digunakan ialah rim karbon Rotobox, dwi brek cakera BreakTech Racing, brek Brembo, fork USD Öhlins, tayar daripada Kawasaki Z1000, dan fender karbon dengan anggaran harga mencecah jutaan dong.

BACA >>> Benarkah Ini Yamaha Exciter Serba Baharu? Akan Dipasangkan Enjin VVA 155, Lebih Laju?

Bagi posisi tunggangan sporty, pemilik motosikal ini menggantikan peg kaki asal dengan produk Rizoma Italy, manakala set suspensi belakang Öhlins membantu kapcai ini dipacu lebih lancar dan stabil.

Rim karbon Rotobox yang dibalut tayar Z1000 memberikan ekstra cengkaman, manakala ekzos karbon MIVV berserta leher ekzos titanium bukan saja menyerlahkan penampilan unik super moped ini, tetapi mampu melepaskan deruman yang cukup menggiurkan.

Tentang rim, komponen roda itu bukan saja tahan lasak, tetapi juga ringan, dengan berat kurang 5kg untuk kedua-dua rim, dan semestinya membantu melonjakkan halaju maksimum kapcai ini.

BACA >>> Selepas Teruk 'Kena Bahan', Giliran Shuib Pula Tayang YSuku 'Power' dan Sindir Zizan

Tidak dilupakan swingarm bengkok yang membuatkan Exciter dari Saigon ini nampak lebih tegap dan maskular. Lihat pula tetingkap transparen pada enjin yang pasti mengingatkan kita kepada model Ducati.

Rupa depan diserikan tuil brek dan klac Brembo, manakala stereng kuasa daripada Panigale 1199 berfungsi menjadikan roda stereng kapcai ini lebih kompak dan stabil apabila menunggang dalam halaju tinggi.

Rupa depan mengambil konsep gaya 'fighter' menerusi panel kepala solid tanpa lampu yang diubah ke bawah fairing dada (sama seperti Honda Winner X?).

Menurut tuan motor, keseluruhan modifikas Exciter 150 ini bernilai 200 juta dong (RM36,280). Mungkin ada kata tidak berbaloi dan lebih baik beli motosikal besar. Tetapi semua itu tetap tidak dapat menandingi falsafah 'hobi kami mahal'. Lebih manis lagi, walaupun kos modifikasi mahal tak hengat, tetapi nilai motosikal ini selepas dibikin dianggarkan mencecah 300 juta (RM54,410), termasuk harga plat nombor!

Amekk kooo...

GALERI
yamaha-exciter-saigon-1
yamaha-exciter-saigon-2
yamaha-exciter-saigon-3
yamaha-exciter-saigon-4
yamaha-exciter-saigon-5
yamaha-exciter-saigon-6
yamaha-exciter-saigon-7
yamaha-exciter-saigon-8
yamaha-exciter-saigon-9
yamaha-exciter-saigon-10
yamaha-exciter-saigon-11
yamaha-exciter-saigon-12

Related

4.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, Vietnam, Yamaha, Yamaha Exciter 150, Yamaha Exciter Saigon, Yamaha Vietnam

Comments

  1. Asyyy25 says

    September 5, 2019 at 12:07 AM

    Buat moto cmnie xslah disisi undang undang ke

    Reply
    • AO says

      September 5, 2019 at 11:28 PM

      Kena rujuk JPJ untuk spec yang lepas

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev