• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW X6 Baharu dengan Warna Hitam Vantablack® yang Paling Hitam di Dunia!

BMW X6 Baharu dengan Warna Hitam Vantablack® yang Paling Hitam di Dunia!

August 30, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR automobil masa kini, terutama jenama premium dilihat lebih terbuka dalam pemilihan warna kenderaan masing-masing. Jika dahulu, pilihan warna biasanya klise, sama ada putih, hitam, merah atau perak. Sebaliknya, pengeluar  sekarang lebih berani menggunakan warna trendi seperti kusam (matte) dan kelabu cerah (nardo grey).

Dahulu, dua warna tersebut biasa ditemui pada jentera lumba atau kereta milik kaki bikin. Sekarang, muncul satu trend baharu, iaitu Vantablack® dan warna seperti itu sudah kerap muncul dalam media sosial.

BACA >>> BMW X6 xDrive35i M Sport CKD - RM666,888

X6 GENERASI BAHARU

Warna hitam gelap ini memang menyerlah (atau terlampau gelap) hingga mampu membuatkan anda berhenti untuk memandang objek tersebut. Dengan pesona material, BMW bakal mempersembahkan X6 generasi baharu dalam warna Vantablack® VBx2 sempena Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt 2019, pada awal September depan.

Warna ini nampak begitu sepadan dengan X6 sebagai model coupe aktiviti sukan (Sports Activity Coupé, SAC) dan berjaya membuka mata pemerhati apabila kali pertama diperkenalkan sedekad lalu.

X6 tersebut memang eksklusif kerana itulah kereta pertama dan satu-satunya yang menggunakan warna Vantablack VBx2 ciptaan Surrey NanoSystems. Ini kerana warna tersebut tidak boleh digunakan model lain selain X6 generasi baharu.

BACA >>> Polestar Buka Kilang Pemasangan Kereta Elektrik Premium di China

BMW dan Surrey NanoSystems saling bekerjasama untuk projek X6. Pengasas dan Ketua Pegawai Teknikal (CTO), Ben Jensen berkata, pihaknya menolak banyak permintaan pengeluar kereta untuk menggunakan warna tersebut.

"BMX X6 dipilih kerana ia adalah model unik dengan rekabentuk tersendiri," katanya.

WARNA UNIK

Vantablack adalah warna yang sangat unik. Apa disadurkan warna tersebut, permukaan sesebuah objek itu akan tampil dalam imej dua dimensi (2D) seakan memandang lubang kelam. Asasnya, warna ini tidak sesuai untuk sesebuah kenderaan kerana menutup setiap perincian rekabentuk.

Asalnya, X6 menggunakan varian VBx2 kerana warna itu dihasilkan untuk tujuan senibina dan aplikasi saintifik. Warna tersebut masih kekal hitam pekat, cuma ada sedikit efek refleksi atau pantulan pelbagai sudut.

Perkataan Vanta merujuk kepada Vertically Aligned Nano Tube Array, dan diperkenalkan pada 2014. Ia sebenarnya terdiri daripada karbon, dan setiap nanotiub karbon berukuran 14μm - 50μm (mikrometer) dengan diameter 20nm (nanometer).

BACA >>> #PanduUji: BMW 630i GT - Fastback Berprestasi Serba Mewah yang Praktikal

Saiz tersebut sangat halus, iaitu 5,000 kali lebih nipis daripada rambut manusia. Hasilnya,  sekitar satu bilion nanotiub karbon menegak memenuhi setiap sentimeter persegi. Kesannya, cahaya yang menerjah atas permukaan Vanta akan diserap secara total berbanding dipantulkan, dan kemudian ditukarkan kepada haba dengan berkesan.

Asal teknologi ini dibangunkan untuk permukaan komponen angkasa lepas. Vantablack (2014) generasi pertama berupaya menyerap 99.965 peratus cahaya dengan menenggelamkan pantulan dan sinaran cahaya. Inilah yang membuatkan Vantablack menarik kerana warna ini bukan hitam kusam, tetapi jauh daripada itu. Ia hitam sehitam-hitamnya!

Warna ini juga hampir tidak mengeluarkan kilauan, sekali gus menjadikan sesebuah kenderaan itu tampak menarik untuk dilihat. Apatah lagi jika model itu ialah X6 yang unik.

BACA >>> Pesaing Toyota Supra, BMW Z4 Ditayangkan di Malaysia - Harga RM460k

GALERI

Related

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, BMW X6, Coupe Utiliti Sukan (SAC), Sports Activity Coupé (SAC), Surrey NanoSystems, Vantablack, Vantablack VBx2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev