• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Lifan LF150-T - Skuter Advencer dari China yang Dikatakan Meniru Honda ADV 150

Lifan LF150-T - Skuter Advencer dari China yang Dikatakan Meniru Honda ADV 150

August 29, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEGMEN skuter advencer boleh dikatakan masih baharu di pasaran tempatan. Di Malaysia kita hanya ada skuter X-ADV 750 dan bilakah peminat tempatan akan menerima Honda ADV 150 masih belum diketahui lagi. Jangan tidak tahu di China, pembeli di sana ada alternatif kepada ADV 150, dan model itu ialah Lifan LF150-T.

Sekali pandang, tentu ramai menganggap rekabentuk dan konsep LF150-T seakan meniru ADV 150. Sebaliknya model buatan China itu muncul seawal tahun ini, sedangkan ADV 150 baru saja dilancarkan Julai lalu. Siapa tiru siapa?

Jika diperhatikan, rekabentuk LF150-T cukup radikal menerusi lampu depan bersegi, manakala sistem brek dipadukan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS).

BACA >>> #BikinMotor: Honda ADV 150 Advance Explorer - Modifikasi Touring untuk Kembara Lasak

Lifan LF150-T_6
Lifan LF150-T_4

Rekaan lampu LF150-T mengingatkan kita kepada Yamaha X-Ride yang kebetulan juga skuter advencer.  Garis badan lebih jelas dan maskular dengan visor angin besar, begitu juga bar hendal. Tayar pula daripada jeis dwi-guna yang membalut kemas rim besi tuang hitam.

Apa yang membezakan LF150-T dan ADV 150 ialah komponen fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang. Trenkuasa dijana enjin 150cc dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa 11.5hp @ 8,500rpm dan tork 11Nm @ 5,500rpm.

Mana satu yang nampak mantap? LF150-T atau ADV 150?

BACA >>> Boon Siew Honda Akan Bawa Masuk ADV 250, 300?

GALERI
Lifan LF150-T
Lifan LF150-T_2
Lifan LF150-T_3
Lifan LF150-T_8
lifan-lf150t-china-1
Lifan LF150-T_1
lifan-lf150t-china-4
Lifan LF150-T_4
lifan-lf150t-china-3
Lifan LF150-T_6
lifan-lf150t-china-2

Related

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda ADV 150, Lifan, Lifan LF150-T, Moped, roda2, skuter, skuter advencer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev