• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Motor Vietnam Tawar Insentif Tunai untuk Bantu Bakal Pembeli Exciter 150

Yamaha Motor Vietnam Tawar Insentif Tunai untuk Bantu Bakal Pembeli Exciter 150

August 28, 2019 By Aryon Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBAGAI tanda menghargai peminat, Yamaha Motor Vietnam (YMV) mengambil inisiatif memperkenalkan pelan bantuan tunai pendaftaran bernilai hingga 1.5 juta dong (RM272) kepada mereka yang mahu membeli Exciter 150, bermula 22 Ogos hingga 31 Oktober tahun ini.

Menjelang musim cuti sekolah yang semakin hampir, YMV sedar ramai pelajar teringin mahu memiliki Exciter 150. Anak muda Vietnam turut berkongsi cita rasa yang sama seperti rakan mereka di Malaysia yang sukakan Y15ZR aka YSuku.

Siapa yang tidak geram dan mengidam untuk memilik sebuah kapcai dengan rekabentuk ranggi, dinamik dan sporty seperti Exciter 150? Tambahan lagi anak muda yang gilakan kelajuan dan pada masa sama masih mementingkan keselesaan, dan praktikaliti. Selain mudah ditunggang ke mana-mana, kapcai ini juga seronok ditunggang santai (baca: racing) bersama rakan taulan.

BACA >>> Vietnam Lancar Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition, Harga RM8,740

Justeru, menyedari denyut nadi anak muda tempatan, YMV mengambil inisiatif untuk meringankan kos pemilikan Exciter 150 apabila melancarkan promosi pembelian segera menerusi insentif tunai bernilai 1.5 juta dong (RM272) sebagai bantuan bayaran pendaftaran bagi setiap unit Exciter 150 yang dibeli.

Kempen promosi berlangsung di semua pengedar Yamaha seluruh Vietnam.

Sementara itu di Malaysia, jangankan insentif rebat tunai atau hadiah, tiada apapun yang istimewa dilakukan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sebagai penghargaan kepada peminat Yamaha di Malaysia. Mujurlah pembeli Malaysia mudah sejuk hati selepas dihadiahkan tauke kedai dengan helmet MSS88 original Sirim dan baju hujan Givi. 😅

BACA >>> Benarkah Ini Yamaha Exciter Serba Baharu? Akan Dipasangkan Enjin VVA 155, Lebih Laju?

FOTO GALERI: Yamaha Exciter 150 RC

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kapcai, super moped, Yamaha, Yamaha Exciter, Yamaha Exciter 150, Yamaha Motor Vietnam (YMV), Yamaha Vietnam, Yamaha YSuku

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my