WALAUPUN dijual pada harga 3.69 juta rupee (RM86,200), Perodua Bezza masih mampu menjadi model sedan (bawah 1.0L) paling laris di Sri Lanka.
Mula dilancarkan pada Jun tahun ini, kini sudah 1,500 unit Bezza terjual di negara Asia Selatan itu, termasuk menduduki tempat teratas dalam kategori sedan bawah 1.0L terlaris di sana.
BACA >>> Perodua Bezza Masuk Sri Lanka, Harga Pasaran RM103k (Bersyukurlah)
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Sri Lanka ialah pasaran eksport terbesar untuk jenama Perodua menerusi pengedar tempatan, Unimo Enterprises yang sudah menjual lebih 15,600 unit kenderaan jenama nasional itu sejak 1997.
“Perodua akan terus beri sokongan kepada pengedar luar Malaysia, selari dengan hasrat untuk berkembang di rantau Asia Pasifik.
“Kami bekerja rapat dengan Unimo dalam menyediakan latihan teknikal dan pengetahuan produk untuk kakitangan jualan dan servis mereka selain dapat berikan keyakinan penuh kepada pelanggan Sri Lanka yang kami hargai,” katanya lagi.
Bezza versi Sri Lanka cuma ada satu varian saja ditawarkan, iaitu enjin 998 cc VVT-i dengan transmisi automatik 4-kelajuan.
RAKYAT SRI LANKA SUKA KELUASAN BEZZA
CEO dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises, Mahesh Gunathilake berkata, pembeli Sri Lanka sangat gemarkan Bezza dan Axia kerana model tersebut kompak, praktikal, berkualiti tinggi, reliabel, lasak dan cekap bahan api.
“Bezza berjaya memperkenalkan segmen sedan kompak dengan sukses di Sri Lanka, iaitu pasaran yang lama meminati kenderaan hatchback. Pelanggan kami sukakan rekabentuk, keselesaan dan ruang bagasi seluas 508 liter.
“Bezza dapat menempatkan lima orang dengan selesa, dan juga membawa bagasi mereka, sekali gus menjadikan ia sangat sesuai untuk perjalanan seisi keluarga,” kata Mahesh lagi.
BACA >>> #PanduUji: Video Bikin Panas, Perodua Myvi vs Proton Iriz (2019), Siapa Menang Drag?
Leave a Reply