• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Honda ADV 150 Advance Explorer - Modifikasi Touring untuk Kembara Lasak

#BikinMotor: Honda ADV 150 Advance Explorer - Modifikasi Touring untuk Kembara Lasak

August 27, 2019 By Aryon Leave a Comment

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA ADV 150 dilancarkan di Indonesia pada Julai lalu yang tampil dengan gaya seperti model kuasa besar, X-ADV 750. besar. Skuter advencer ini pantas mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat motosikal di Indonesia, tambahan lagi segmen skuter memang laris di sana.

Kini muncul peminat-peminat tempatan yang cuba memberikan personaliti tersendiri pada skuter pilihan mereka itu.

Satu wakil pengedar Honda di Indonesia menghasilkan ADV 150 gaya touring, dipanggil Advance Explorer dengan menaik taraf gaya dan komponen untuk membolehkan skuter ini mampu meredah cabaran rupa bumi lebih mencabar.

BACA >>> #BikinMotor: Honda ADV 150 Urban Street yang Ringkas dan Mantap

Badan skuter diberikan kemasan X-Camo dengan kombinasi putih-hitam-merah yang menyerlahkan gaya sporty dan lasak. Ia juga dipasangkan beberapa perincian seperti pelindung casis, visor angin tinggi, dan bar hendal gentian karbon.

Skuter ini turut menaik taraf sistem suspensi kepada fork terbalik (USD) di depan, dan dipasangkan gad jari pada grip tangan. Suspensi belakang Showa dengan spring merah dikekalkan, manakala madgad belakang dicatkan putih.

honda-adv-150-indonesia-bikin-5
honda-adv-150-indonesia-bikin-9
honda-adv-150-indonesia-bikin-8

Pelana turut ditukar kepada saiz kompak untuk memberikan lebih keselesaan. Kelihatan bar anti-redam (anti-dumping) yang merentasi sepanjang lampu utama dan fairing sisi. Mekanik turut memasang sepasang lampu LED tambahan di sisi fairing kanak dan kiri untuk memberikan ekstra pencahayan ketika menunggang malam.

Bahagian visor angin kini diubah suai untuk menempatkan kamera pemuka (dashcam), manakala bahagian belakang kotak storan bersaiz besar jenama Givi. Juga dilengkapkan dengan sistem GPS.

Lampu utama dan lampu signal belok dikekalkan. Enjin masih silinder tunggal 149.3cc SOHC berkuasa 14.5hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 6,500rpm dengan teknologi suntikan bahan api PGM-Fi. Hantaran kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik pacuan tali sawat pacu.

BACA >>> Skuter Advencer 150cc Pertama Dunia, Honda ADV 150 Debut di GIIAS 2019

Dengan segala pembaharuan dilakukan, penampilan ADV 150 Advance Explorer ini nampak cukup sporty dan ranggi. Malah mengubah karakter lasak sedia ada kepada skuter yang bukan saja lasak di jalan raya biasa, tetapi juga mampu meredah cabaran off-road.

Harga ubah suai tidak didedahkan. Di Indonesia, ADV 150 dijual pada harga Rp33,500,000 (RM9,850) untuk model CBS dan Rp36.500.000 (RM10,730) untuk ABS. Selepas dimodifikasi, harga pastinya jadi lebih mahal.

BACA >>> Honda ADV 150 Lebih Mantap 'Layan Corner' Berbanding PCX 150?

GALERI

Related

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Astra Honda Motor (AHM), bikin motor, Honda, Honda ADV 150, Honda ADV 150 Advance Explorer, Indonesia, roda2, skuter, skuter advencer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev