• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bocor Lakaran Paten Enjin Honda CBR250R dengan Ekzos Dua Mod Mufler

Bocor Lakaran Paten Enjin Honda CBR250R dengan Ekzos Dua Mod Mufler

August 27, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

738
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAKARAN paten sportbike Honda, dipercayai CBR250R dengan enjin 2-silinder kembar bocor di media sosial. Berdasarkan imej paten tersebut, jelas dapat dilihat lakaran yang identik dengan enjin kembar CBR250RR sedia ada.

Bagaimanapun ada beberapa perbezaan signifikan seperti konfigurasi penapis udara yang tidak lagi diletakkan atas silinder tetapi bawah pelana.

BACA >>> #BikinMotor: Honda CBR150R Bertukar Jadi CBR250RR

Rekabentuk itu sama dengan rekabentuk kedudukan penapis udara model silinder tunggal CBR250R. Perbezaan kedua pula ialah konfigurasi sistem ekzos. Kali ini leher ekzos kelihatan terkeluar dari manifold ekzos dan bertemu pada silinder  besar (no. 31, gambarajah atas) di bawah enjin (underbelly) yang terletak penukar bermangkin (catalytic converter) (no. 32, gambarajah bawah).

Menariknya, laluan keluar dari penukar bermangkin, gas emisi dibuang melepasi dua leher ekzos dengan saiz diameter berbeza ( no. 36 dan no. 37). Kedua leher ekzos itu akan masuk ke dalam satu kiub mufler besar.

Hujung mufler pula memiliki dua salur keluar, iaitu salur atas (no. 36) sebagai saluran lepas bebas (free flow), manakala salur bawah (no. 37) berfungsi sebagai kawasan sekatan seperti kebanyakan mufler standard. Honda nampaknya cuba menghasilkan dua mod mufler berbeza yang dijangka memberikan impak prestasi jentera.

Apa-apapun, kita tunggu perkembangan lanjut nanti.

BACA >>> Boon Siew Honda Lancar CBR500R, CB500F dan CB500X, Harga Bermula RM34k

Honda CBR250RR dengan Ekzos Kembar.
Honda CBR250R dengan Ekzos Tunggal.

Related

738
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Dokumen Paten, ekzos, Honda, Honda CBR250R, Honda CBR250RR, Lakaran Paten, paten, roda2, sportbike, sportbike 250cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev