• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Indonesia Perkenal Ninja 250 SE ABS (2020) dengan Teknologi KIPASS, MDP

Kawasaki Indonesia Perkenal Ninja 250 SE ABS (2020) dengan Teknologi KIPASS, MDP

August 27, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KAWASAKI Motor Indonesia (KMI) melancarkan dua varian Ninja 250 SE ABS (2020), dan salah satu varian menggunakan teknik semburan Pengecatan Rekabentuk Magnetik (Magnetic Design Painting, MDP).

Ninja 250 SE (ABS) dan Ninja 250 SE (ABS/MDP) edisi 2020 kini boleh dilihat dan dibeli menerusi wakil pengedar rasmi KMI seluruh Indonesia bermula Ogos ini.

BACA >>> Kawasaki Ninja 250 dengan Enjin 4-Silinder Sedang Dibikin, Prototaip Kini di Indonesia

Dari segi spesifikasi, kedua-dua varian memiliki persamaan dengan model terdahulu. Ninja 250 SE (ABS) didatangkan dalam dua pilihan kemasan, iaitu edisi KRT (hijau),  dan warna baharu, putih dan strip merah, berharga Rp75,000,000 (RM22,054).

Ninja 250 SE (ABS/MDP) pula cuma ditawarkan dalam warna hitam, berharga Rp75,500,000 (RM22,200).

Selain Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), kedua-dua varian turut dilengkapkan dengan teknologi kunci pintar, KIPASS (Kawasaki’s Intelligent Proximity Start System), iaitu sistem penghidup tanpa kunci (keyless) yang boleh menghidupkan enjin dan mengunci hendal dengan menggunakan alat kawalan jauh.

KIPASS juga ialah sistem sama yang digunakan sportbike touring 1400GTR/Concours 14.

Sementara itu teknologi MDP yang digunakan pada Ninja 250 SE (ABS/MDP) menggunakan bantuan magnet dalam merekabentuk grafik bagi mendapatkan efek tiga dimensi (3D) pada fairing badan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kawasaki Ninja 250 Serba Baharu Kini Guna Kurang Minyak Enjin

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Kawasaki Motor Indonesia, Kawasaki Motor Indonesia (KMI), Kawasaki Ninja 250, Kawasaki Ninja 250 SE, Kawasaki Ninja 250 SE (2020), Kawasaki Ninja 250 SE MDP (2020), Kawasaki’s Intelligent Proximity Start System, KIPASS, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my