• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Daytona Moto2 765 Limited Edition yang Paling Hampir dengan Jentera Lumba

Triumph Daytona Moto2 765 Limited Edition yang Paling Hampir dengan Jentera Lumba

August 25, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI tidak sangka model ini akan muncul sebegitu cepat selepas Triumph bersetuju menghasilkan enjin 3-silinder untuk jentera Moto2.

Triumph mendakwa Daytona Moto2 765 Limited Edition adalah model edisi terhad legenda Daytona yang meraih pelbagai kemenangan dalam Kejuaraan Supersport dan juga model paling hampir dengan spesifikasi jentera Moto2 sebenar yang sah ditunggang atas jalan.

BACA >>> Triumph Dedah Kuasa Kuda Dihasilkan Enjin Jentera Lumba Moto2 - 138hp!

Jentera ini memang istimewa kerana bertanggungjawab menaikkan nama Triumph dalam arena perlumbaan sejak berdekad lama. Kejuaraan Moto2 adalah salah satu daripada penyumbang kepada populariti dan reputasi Triumph.

Enjin baharu 765cc Triple daripada Moto2 ini memiliki kuasa 128hp @ 12,250rpm dan tork 79.9Nm @ 9,750, iaitu angka paling tinggi berbanding mana-mana jentera 765cc yang dibina setakat ini.

Menurut Triumph, jumlah komponen dan naik taraf prestasi dipinjam terus daripada program pembangunan enjin Moto2 seperti injap inlet titanium, piston diperkuat, set pin sendi salutan DLC spesifikasi MotoGP, profil aci baharu, trumpet ambilan baharu, dan ubah suai ke atas konrod, port ambilan, engkol dan barel, serta nisbah mampatan dipertingkat.

BACA >>> Triumph Rocket 3 (2019) Lancar Varian GT dan R, Harga Bermula RM98k

Dengan garis merah dinaikkan kepada 13,250rpm, enjin ini dapat diligatkan 600rpm lebih tinggi berbanding Street Triple RS.

Model ini akan dihasilkan 765 unit untuk pasaran Amerika Syarikat dan Kanada,  dan 765 unit untuk Eropah, Asia dan negara lain. Bahagian atas klamp tripel diukirkan nambor siri menggunakan laser bersama logo Triumph dan Moto2, yang juga satu-satunya model motosikal yang mendapat lesen daripada Dorna Sports selaku pengendali rasmi kejuaraan tersebut.

BACA >>> Triumph Speed Triple S dan RS (2018) Kini Lebih Canggih, Berkuasa

Bahagian pemuka menggunakan skrin TFT warna penuh, lengkap dengan skrin start-up Moto2 rasmi, ada 5 mod tunggangan, termasuk Track, dan ciri anjakan gear atas-bawah quickshifter Triumph, Shift Assist.

Juga buat kali pertama untuk Daytona, penunggang diberikan kelebihan menggunakan lima mod tunggangan baharu yang dikawal menerusi ride-by-wire, terdiri daripada Rain, Road, Rider Configurable, Sport dan Track. Semua ciri ini akan mengubah pemetaan terotel, Kawalan Traksi, dan tetapan ABS untuk disesuaikan dengan tunggangan.

Bersama frem aluminium yang menjadi asas pembangunan Moto2 adalah komponen kelas atasan seperti brek Brembo Stylema, suspensi Öhlins premium dan tayar Pirelli Diablo Supercosa SP.

Struktur badan daripada gentian karbon penuh yang ringan membuatkan model ini menjadi satu-satunya Daytona yang mampu beraksi lebih dinamik, tangkas dan tajam di selekoh. Ekzos titanium Arrow baharu memberikan deruman yang sukar dilupakan, manakala frem dan swingarm aloi dianod.

Harga dijangka bernilai AS$19,250 (RM80,572) dan penghantaran dijadualkan bermula awal tahun depan.

GALERI
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-1
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-7
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-2
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-14
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-11
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-6
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-10
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-3
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-9
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-4
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-8
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-5
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-13
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-16
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-12
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-17
triumph-daytona-moto2-765-limited-edition-15

SUMBER: Motorcycle.com

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Moto2, roda2, Triumph, Triumph Daytona Moto2 765 Limited Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev