• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kabinet Beri Lampu Hijau untuk 'Go-Jek Malaysia'!

Kabinet Beri Lampu Hijau untuk 'Go-Jek Malaysia'!

August 21, 2019 By Aryon 1 Comment

FacebookTwitter


KABINET hari ini bersetuju secara prinsip dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang disuarakan Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membenarkan perkhidmatan motosikal e-hailing (dipanggil ojek di Indonesia) beroperasi di negara ini.

'Lampu hijau' mengenai mod pengangkutan baharu itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, dipetik HMetro. Namun, KBS dan Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu memperincikan aspek undang-undang terlebih dulu.

BACA >>> Majoriti Setuju Hasrat Syed Saddiq Mahu Perkenal Perkhidmatan Teksi Motor di Malaysia

Mohd Redzuan berkata, KBS dan MOT dijangka mengumumkan perincian undang-undang diperlukan dalam tempoh dua bulan sebelum boleh dilaksanakan.

“Apa saja proses untuk membangunkan ekonomi anak muda perlu mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Jika terpaksa melonggarkan atau mewujudkan undang-undang baharu, KBS dan MOT akan kaji secepat mungkin sebelum dipersetujui Kabinet,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Tekun Mart Mobile di Putrajaya, hari ini.

Menurut Mohd Redzuan lagi, kajian undang-undang itu mungkin mengehad penunggang servis motosikal e-hailing untuk akses lebuh raya kerana bimbang mendatangkan kemudaratan dan keselamatan.

BACA >>> #SembangDeras: Tidak untuk Teksi Motor, Kerajaan Lepaskan Peluang Kerja Buat Rakyat?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini berkata, jika usul tersebut mendapat sokongan Kabinet, perkhidmatan tersebut akan diambil alih MOT dan kajian lebih terperinci akan dijalankan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GO-JEK, Perkhidmatan Motosikal e-Hailing, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Teksi Motosikal

Comments

  1. Alson P says

    August 22, 2019 at 11:28 PM

    Kerajaan habiskan berpuluh billions naik taraf sistem pengangkutan awam moden untuk mencapai status negara maju..kemudian luluskan go-jek.. kemudian go-jek berleluasa di bandaraya, sistem pengangkutan awam moden kurang pengguna/pelanggan.. kurang pendapatan, lepas itu tuduh orang lain membazir buat projek gajah putih... Malaysia tidak perlu go-jek, sistem pengangkutan awam moden sedia ada perlu diperluaskan lagi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev