• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda ADV 150 Capai Jualan Mengejutkan, Cecah 10,000 Unit Sebulan di Indonesia

Honda ADV 150 Capai Jualan Mengejutkan, Cecah 10,000 Unit Sebulan di Indonesia

August 20, 2019 By Admin PanduLaju 5 Comments

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA ADV 150 diperkenalkan Julai lalu sempena Pameran Auto Antarabangsa Gaikind0 (GIIAS) 2019 di Indonesia. Kehadiran jentera itu, yang diilhamkan daripada skuter kuasa besar X-ADV, jelas mendapat maklum balas positif daripada kalangan peminat motosikal republik tersebut.

Keberanian wakil pengeluar, Astra Honda Motor (AHM) membuka segmen baharu sepenuhnya itu kini mula menuaikan hasil. Buktinya, hingga kini, pengeluaran ADV 150 di Indonesia mencapai jumlah 9,000-10,000 unit sebulan.

Jika jualan terus positif, AHM juga berpotensi meningkatkan angka pengeluaran bulanan ADV 150 yang mana wakil pengeluar itu sebelum ini mensasarkan jualan hingga 100,000 unit untuk model itu sahaja.

BACA >>> Skuter Advencer 150cc Pertama Dunia, Honda ADV 150 Debut di GIIAS 2019

Secara kasar, sasaran asal jumlah jualan bulanan ADV 150 adalah kira-kira 8,300 unit, angka yang cukup tinggi jika dibandingkan dengan sebuah model skuter berharga lebih Rp30 juta (RM9,000).

ADV 150 dijual dalam dua varian, iaitu versi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan tanpa ABS, menggunakan brek kombi (CBS) yang setiap satu dijual pada harga Rp36.5 juta (RM10,710) dan Rp33.5 juta (RM9,840). Tanda harga tersebut adalah lebih mahal sekitar Rp4 juta (RM1,170) berbanding satu lagi skuter Honda, PCX 150.

BACA >>> Honda ADV 150 Lebih Mantap 'Layan Corner' Berbanding PCX 150?

TIADA PESAING UNTUK SKUTER ADVENCER SPORT

Walaupun menawarkan sesaran enjin sama seperti PCX 150, tetapi dari segi rekabentuk, ADV 150 ialah skuter segmen baharu iaitu skuter advencer sport kategori aras mula. Dan segmen baharu ini jelas tiada pesaing.

ADV 150 tampil agresif dengan rekabentuk badan bersegi menerusi lampu utama LED kembar dan visor pengadang angin tinggi yang diapit lampu signal belok LED. Rupa belakang nampak mirip seperti X-ADV dengan lampu LED bentuk X.

ADV 150 tampil dalam bentuk skuter konvensional dengan lantai kaki jenis step-through. Juga ada ekzos rentang belakang sporty. Bahagian pemuka hendal tertera kluster instrumen LCD, juga seperti model abang, X-ADV dengan paparan maklumat spidometer, odometer, purata penggunaan bahan api, meter trip, bar petrol, voltan bateri, jam dan kalendar.

BACA >>> #BikinMotor: Honda ADV 150 Urban Street yang Ringkas dan Mantap

GALERI

SUMBER: AutoNetMagz

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GIIAS, GIIAS 2019, Honda ADV 150, jualan, Pameran Auto, Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS), roda2, skuter, skuter advencer

Comments

  1. Rodney says

    August 20, 2019 at 11:16 PM

    Ada tak kat Malaysia

    Reply
    • AO says

      August 21, 2019 at 7:26 AM

      Belum masuk

      Reply
  2. org kita says

    August 22, 2019 at 2:11 PM

    bila nak masuk malaysia ???

    Reply
  3. Abdul Rahman says

    September 3, 2019 at 12:38 PM

    250 bilA pulak nk ada ni..
    150 tk masuk malaysia ini nk tunggu 250 maiin lmbt lgi lh ni... patut buat cc 250 aje kalsu saiz dh gitu ..

    Reply
  4. Jeffri Nasir says

    March 21, 2020 at 11:45 PM

    Dah March 2020 dah nie... tunggu ADV 150 tak masuk2 Lg.... ape cer...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev