• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV 'Toolbox', Toyota TJ Cruiser Versi Pengeluaran Akan Buka Tempahan Disember Ini?

SUV 'Toolbox', Toyota TJ Cruiser Versi Pengeluaran Akan Buka Tempahan Disember Ini?

August 20, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK susah untuk mengingati sosok tubuh Toyota TJ Cruiser kerana bentuknya yang klise berpetak dan tegap. Model  konsep ini muncul kali pertama sempena Pameran Motor Antarabangsa Tokyo (TIMS) 2017. Kini peminat kenderaan utiliti sukan (SUV) itu tidak perlu menunggu lama kerana ia dikatakan bakal hadir lebih awal, seawal tahun depan.

Difahamkan, TJ Cruiser akan memasuki barisan pengeluaran massa dalam masa terdekat. Ada sumber mendakwa, pusat jualan Toyota di Jepun sudah dimaklumkan mengenai kehadiran SUV tersebut. Namun, setakat ini masih tiada imej TJ Cruiser versi pengeluaran yang bocor.

Bagaimanapun, ada beberapa perincian lain yang didedahkan.

BACA >>> Toyota Supra Sah Masuk Malaysia September Ini, Nantikan!

Pertama, foto atau video acah model tersebut bakal didedahkan dalam laman web rasmi Toyota, bulan Oktober nanti, manakala taklimat produk kepada wakil jualan akan diadakan sebulan kemudian. Selepas itu, barulah Toyota akan mengumumkan harga rasmi TJ Cruiser, sekitar Disember tahun ini.

Kemudian, barulah tempahan akan dibuka kepada umum. Maksudnya, model pengganti FJ Cruiser memang akan muncul tidak lama lagi.

BACA>>>Toyota Land Cruiser Heritage Edition (2020) - Edisi Khas Rai 60 Tahun Atas Planet Bumi

Dari segi rupa, TJ Cruiser menampilkan rekabentuk bersegi dengan ciri ruang kabin dominan yang praktikal. Ini sesuai dengan makna sebenar di sebalik 'T' pada nama TJ Cruiser, bermaksud ‘Toolbox‘ sebagai asas konsep SUV ini.

Jadi, TJ Cruiser tampil dengan ciri SUV yang bukan saja mampu menakluk cabaran off-road, tetapi juga berfungsi sebagai SUV rutin biasa dengan menawarkan praktikaliti mirip van dan kenderaan pelbagai guna (MPV). Malah dari segi dimensi, model Toyota baharu ini tidaklah terlalu besar.

GALERI

SUMBER: Bestcarweb

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, SUV, Tokyo Motor Show 2017, Toyota, Toyota TJ Cruiser, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my