• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Majesty Lancar di Thailand, MPV Mewah yang Lebih Murah daripada Alphard

Toyota Majesty Lancar di Thailand, MPV Mewah yang Lebih Murah daripada Alphard

August 18, 2019 By Han Othman 1 Comment

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Thailand melancarkan Majesty, model kenderaan pelbagai guna (MPV) atay minivan mewah yang lebih kecil dan murah berbanding Alphard dan Vellfire pada harga bermula 1,709,000 baht (RM230,900).

Model pengganti Ventury ini menampilkan rekabentuk depan dan belakang yang dinaik taraf, termasuk rekaan dalaman yang berubah dramatik. Paling ketara ialah kerusi besar di baris tempat duduk kedua, termasuk dua baris tempat duduk belakang yang turut diubah suai.

BACA >>> 5 Fakta Pantas: Toyota Hiace (2019) Serba Baharu Lancar di Filipina, Bakal ke Malaysia?

toyota-majesty-thailand-18
toyota-majesty-thailand-24
toyota-majesty-thailand-17
toyota-majesty-thailand-22

Antara ciri istimewa dimiliki Majesty 7 palam USB, 9 beg udara, teknologi bantuan pemanduan dan T-Connect, iaitu perkhidmatan telematik (telekomunikasi+informatik) berupa perisian pintar terbina dalam untuk aplikasi navigasi, trafik, maklumat cuaca dan lain-lain.

Di pasaran Thailand, varian Majesty Standard dijual pada harga 1,709,000 baht (RM230,900), manakala Premium 1,899,000 baht (RM256,600) dan Grande 2,199,000 baht (RM297,100), yang masing-masing ditawarkan dalam dua pilihan warna: Black Mica (hitam) dan White Pearl (putih).

BACA >>> Toyota Vios GT Street - Edisi Terhad 100 Unit untuk Pasaran Thailand Sahaja

Minivan mewah ini dipacu enjin diesel 2.8L pengecas turbo berkuasa 163hp dan tork 420Nm dengan transmisi automatik 6-kelajuan seperti Commuter (minivan) dan Hilux Revo (trak pikap)

Model Ventury sebelum ini menggunakan enjin 3.0L berkuasa 136hp dan tork 300Nm, dengan pilihan enjin petrol 2.7L berkuasa 151hp. Bagaimanapun, Majesty tidak menawarkan enjin petrol.

Walaupun Ventury lebih murah, cuma AS$44,230-AS$5,775 (RM184,700-RM232,900), tetapi rekaan dalaman model lama ini adalah kurang mewah berbanding Majesty. Sebaliknya, harga Majesty adalah sebaris Hyundai Starex, dan lebih murah berbanding Volkswagen Caravelle. Model baharu Toyota ini juga mampu menarik minat bakal pembeli Aplhard dan Vellfire yang mungkin mahukan van mewah yang lebih kompak.

Walaupun Alphard memiliki enjn moden dan platform baharu, dengan harga jual semula mencecah hingga AS$121,237 (RM506,300), ia masih jauh lebih mahal berbanding Majesty yang bermula cuma separuh harga.

Subsidiari mewah Toyota, Lexus turut merancang memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) LM tahun ini di Thailand. Walaupun dibangunkan berasaskan platform Alphard, harga LM semestinya akan lebih mahal.

BACA >>> Tiada Lagi Rekabentuk 'Abah', Toyota Camry 2018 Bakal Tampil Lebih Seksi

GALERI
toyota-majesty-thailand-1
toyota-majesty-thailand-2
toyota-majesty-thailand-3
toyota-majesty-thailand-4
toyota-majesty-thailand-5
toyota-majesty-thailand-6
toyota-majesty-thailand-7
toyota-majesty-thailand-8
toyota-majesty-thailand-10
toyota-majesty-thailand-11
toyota-majesty-thailand-12
toyota-majesty-thailand-13
toyota-majesty-thailand-14
toyota-majesty-thailand-15
toyota-majesty-thailand-16
toyota-majesty-thailand-17
toyota-majesty-thailand-18
toyota-majesty-thailand-19
toyota-majesty-thailand-20
toyota-majesty-thailand-21
toyota-majesty-thailand-22
toyota-majesty-thailand-23
toyota-majesty-thailand-24
toyota-majesty-thailand-25
toyota-majesty-thailand-26
toyota-majesty-thailand-27
toyota-majesty-thailand-28
toyota-majesty-thailand-29
toyota-majesty-thailand-30
toyota-majesty-thailand-31
toyota-majesty-thailand-32
toyota-majesty-thailand-33
toyota-majesty-thailand-34
toyota-majesty-thailand-35
toyota-majesty-thailand-36
toyota-majesty-thailand-37
toyota-majesty-thailand-38

Related

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), minibus, minivan, Minivan Mewah, MPV, MPV Mewah, Roda4, Toyota, Toyota Majesty (2020), Toyota Thailand

Comments

  1. DAUD says

    December 26, 2020 at 5:50 PM

    DIMANA DEALER TOYOTA MAJESTY DI MALAYSIA

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev