• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sumber: Benelli BN150S Lancar Bulan Depan di Malaysia! Harga Bawah RM9k

Sumber: Benelli BN150S Lancar Bulan Depan di Malaysia! Harga Bawah RM9k

August 17, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Benelli di Malaysia bakal memperkenalkan sportbike 150cc, iaitu Benelli BN150S, menurut satu sumber yang sangat dipercayai.

Jika sebelum ini MForce Bike ada menawarkan super moped RFS 150i ke pasaran tempatan, kini jenama asal Itali itu akan menambah satu lagi pilihan produk 150cc buat pembeli tempatan.

Berikut beberapa fakta ringkas yang perlu anda tahu tentang BN150S yang terlebih dulu menjengah pasaran China:

BACA >>> Benelli RFS 150iLE Edisi Terhad, Hanya 5,000 Unit di Malaysia - Siap Ada Nombor Siri Beb!

1. ENJIN 150cc SOHC

Jenama Itali yang kini diambil alih syarikat konglomerat China itu mempertaruhkan enjin silinder tunggal 149.8cc SOHC penyejukan air dengan 4 injap dan tiga palam pencucuh berkuasa 13hp @ 9,000rpm dan tork 12.5Nm @ 7,000rpm. Enjin dengan teknologi suntikan bahan api itu dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan klac basah.

2. ANGGARAN HARGA

Di China, BN150S didatangkan dengan tiga pilihan warna: merah, hitam dan putih. Seragam badan untuk pasaran tempatan masih belum diketahui, tetapi harga model tersebut dimaklumkan di bawah RM9,000. Menarik!

BACA >>> Suzuki Bandit 150: Satu Lagi Sportbike Mahu Bikin Kacau Pasaran Indonesia

3. CIRI TERKINI

Ciri tiga palam pencucuh menawarkan prestasi, kuasa dan kelajuan tertinggi tiada tandingan. Selain itu, pilihan sistem brek kombi (CBS) dengan cakera besar 260mm memberikan agihan kuasa membrek meyakinkan dalam apa juga situasi tunggangan.

Skrin pemuka digital penuh memaparkan maklumat spidomter, odometer, takometer dan lain-lain, manakala pemasangan ekzos sport menghasilkan deruman nyaring dan garang yang sesuai dengan karakter jentera.

4. FREM DIAMOND, DIMENSI

Penggunaan frem jenis diamond memberikan tahap pengendalian terbaik dan casis yang lebih kukuh dengan berat ringan, cuma 137kg. Lebar 780mm, tinggi pelana 770mm dan jarak kelegaan tanah 170mm sangat sesuai dengan majoriti saiz badan penunggang Asia, termasuk juga wanita.

Panjang BN150S ialah 2,020mm dengan jarak roda 1,345mm, manakala kapasiti tangki 10 liter, cukup untuk kegunaan harian dalam bandar.

BACA >>> GPX Demon 150GR - 'Panigale Mini' 150cc Lancar di Thailand, Dijual RM8k Sahaja!

5. KESELESAAN TUNGGANGAN

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork terbalik (USD) dengan travel 120mm (depan) dan monoshock dengan strok 27mm di belakang. Bahagian roda dipasangkan rim aloi aluminium 17 inci yang dibalut tayar 100/80 (depan) dan 130/80 (belakang).

GALERI

Related

9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 150cc, benelli, Benelli BN150S, benelli rfs 150i, MForce Bike Holdings, naked bike, roda2, segmen 150cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev