ARTIKEL ini bakal menjawab persoalan tentang trenkuasa manakah yang lebih berkuasa antara enjin 4-silinder 250ccc vs 2-silinder 320cc, menurut tunggang uji dilakukan Young Machine.
Menurut majalah motosikal popular Jepun itu, kedua-dua enjin daripada generasi berbeza, iaitu Yamaha FZR250R (1990) dan Yamaha YZF-R3 (2019). R3 bolehlah dianggap sebagai cucu kepada FZR.
BACA >>> YZF-R3 Debut dengan Seragam Monster Energy Yamaha MotoGP
FZR VS R3, SIAPA PALING BERKUASA?
Bagaimanakah perasaan menguji enjin 29 tahun dengan enjin baharu. Sebagai makluman, FZR250R dijana enjin 4-silinder 250cc dengan karburetor Mikuni BDS2600 berkuasa 43hp @ 16,000rpm dan tork 24.5Nm @ 12,000rpm.
Menariknya, enjin FZR250R mampu meligatkan rev hingga 18,000rpm dengan sudut miring kepala silinder 45º. Rekabentuk sedemikian dikatakan bertujuan menetapkan graviti pusat supaya lebih hampir kepada tanah. Nisbah mampatan pula 12:1.
Yamaha turut menggunakan casis deltabox aluminium dengan paip ekzos teknologi EXUP (Exhaust Ultimate Power Valve) untuk mendapatkan tork dan kuasa seimbang.
Cucunya pula, R3, menggunakan enjin 2-silinder 320cc berkuasa 40hp @ 10,750rpm dengan tork 29.4Nm @ 9000rpm. Atas kertas, jelas tork RS lebih unggul berbanding datuknya, FZR250R dengan tork cuma 24.5Nm. Namun, kuasa R3 lebih rendah 3hp.
Jadi apakah yang akan berlaku jika kedua-dua model itu berentap di trek?
SAINGAN PUN BERMULA
Dalam aksi lumba drag (malangnya, tiada sebarang klip video didedahkan), pecutan R3 untuk 0-100kmj berjaya menewaskan FZR250R, tetapi cukup tipis. Itupun sekejap sahaja kerana apabila pecutan mula terisi, FZR250R mula bangkit mengorak langkah sedikit ke depan. Enjin 4-silinder nyata bukan lawan R3.
FZ250R meninggalkan R3 tanpa belas kasihan. Lihat saja data 0-400 meter di bawah ini, FZ250R hanya memerlukan 14.306 saat, sementara R3 lebih lama, 14.370 saat. Pada jarak tersebut kelajuan Yamaha FZR sudah mencapai 151.39kmj sementara R3 masih pada kelajuan 144.73kmj.
BACA >>> Yamaha YZF-R3 (2019) Baharu Tampil Radikal dan Menggiurkan
Kemudian pada jarak 0-1,000 meter Yamaha FZR250R hanya perlu 27.343saat dengan kelajuan maksimum 176.20kmj. Sedangkan R3 memerlukan tempoh 27.941saat dengan kelajuan maksimum 168.941kmj. Bagaimanapun, ujian dilakukan tidak menggunakan meter halaju, tetapi peranti khas,utnuk mengukur data kenderaan bergerak, Racelogic GPS.
Kuasa enjin 4-silinder terbukti hebat dalam ujian kuasa di mesin Dyno. FZR250R, yang sudah berusia 29 tahun itu mampu mencapai kuasa 40.3ps @ 15.450rpm, manakala R3 (320cc) hanya menembusi 36.9ps @ 10,750rpm. Akhir sekali, yang menjadi poin utama ujian ini adalah fiil menunggang.
Menurut YoungMachine, ledakan kuasa FZR250R masih cukup kuat ketika memecut dalam jarak 1,000 meter (1km) dengan kelajuan GPS lebih 170km, sebaliknya tenaga R3 sudah mula melemah. Ini keputusan yang agak mengejutkan kerana dari segi usia, FZR250R sudah tersangat tua, atau secara logiknya, nisbah dan komponen dalaman sudah tidak secergas dulu.
Namun, itu semua tidak membuatkan FZR250R semput berbanding R3 yang lebih muda. Turut dicoretkan, kelancaran enjin FZR250R membuatkan si penunggang rasa seperti menunggang sebuah model premium bertaraf superbike dengan versi enjin kecil.
Otai masih berbisa?
BACA >>> Kawasaki Ninja 250 dengan Enjin 4-Silinder Sedang Dibikin, Prototaip Kini di Indonesia
GALERI
SUMBER: YoungMachine
Akhtar says
I'm looking for yamaha Legenda 100 cc Y body cover. If available please What"s app me. My hp. No. 01163532834
Thank you. Hope to hear from you soon