• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beg Udara Takata: ETCM Lanjut Kempen Panggil Balik Nissan Navara, Livina dan X-Gear

Beg Udara Takata: ETCM Lanjut Kempen Panggil Balik Nissan Navara, Livina dan X-Gear

August 16, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) melanjutkan kempen panggil balik 11, 971 unit kereta Nissan untuk menggantikan modul inflator beg udara pemandu dan penumpang depan. Setakat ini masih lagi tiada laporan kemalangan atau kecederaan melibatkan tiga model kereta Nissan tersebut.

Berikut maklumat model yang terlibat dalam kempen panggil balik ini:

Bagaimanapun, Nissan NP300 Navara yang dilancarkan di Malaysia pada November 2015 dan model jualan semasa lain tidak terjejas dalam kempen ini. Pelanggan terlibat akan dimaklumkan menerusi surat daripada TCEAS. Pelanggan digalakkan menghubungi cawangan TCEAS terdekat untuk membuat janji temu.

Demi memudahkan pelanggan, beberapa TCEAS terpilih akan melanjutkan masa operasi dan kini dibuka hingga 365 hari supaya pelanggan dapat menyelenggarakan kenderaan pada hujung minggu dan cuti umum, termasuk meningkatkan kapasiti servisdalam tempoh kempen panggil balik ini.

Setakat Jun 2019, sejumlah 99,670 unit kenderaan atau 56 peratus  inflator beg udara Takata sudah diganti. Namun, masih ada sekumpulan besar pemilik yang masih belum tampil membuat penukaran. ETCM dan TCEAS sekali lagi mengingatkan dan menggesa pemilik Nissan supaya segera menukar inflator beg udara Takata untuk mengelak sebarang insiden tidak diingini.

BACA >>> Wajarkah Larang Pemilik Beg Udara Takata Terjejas Perbaharui Cukai Jalan?

Memandangkan pemilikan kenderaan mungkin berubah sepanjang masa, pemilik baharu digalakkan menyemak status kenderaan Nissan yang mungkin terlibat dalam kempen panggil balik ini. Semua kos penukaran ditanggung sepenuhnya ETCM.

ETCM juga menyediakan Servis Penggantian Inflators Beg Udara Takata untuk kenderaan Nissan terlibat di Karnival Pandu Uji Nissan pada 17-18 Ogos dan 24-25 Ogos ini, bertempat di bilik pameran ETCM terpilih seluruh negara.

BACA >>> Saman RM300 Hingga RM2,000 Jika Tidak Tukar Beg Udara Takata dalam 14 Hari

Berikut ialah tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan yang menawarkan perkhidmatan Penggantian Inflator Beg Udara Takata:

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, beg udara, Beg udara takata, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Isu Beg Udara Takata, Kempen Panggil Balik Inflator Beg Udara Takata, Nissan, Nissan Grand Livina, Nissan Navara, Nissan X-Gear, operasi penukaran beg udara Takata, Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev