DUCATI Streetfighter V4 bakal debut Oktober depan, tetapi nampaknya model itu dapat dilihat lebih awal selepas dikesan sedang mengisi minyak. Rakaman video di bawah ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal mengenai rupa akhir streetfighter tersebut.
Dua model itu, yang dipercayai sedang ditunggang uji, adalah versi kemas kini 959 Panigale dan Streetfighter V4. Secara dekat kita dapat lihat winglet jentera lumba masih dikekalkan, manakala lampu depan nampak sama seperti versi foto intip terdahulu dengan kowl depan lebih besar.
BACA >>> Ducati Streetfighter V4 aka Panigale Naked Akan Beraksi Hujung Bulan Ini
Paling menarik ialah rupa ekzos yang nampak sama seperti superbike Panigale V4. Bagi streetfighter Ducati asli, rekabentuk baharu ini pasti mencetuskan kontroversi kerana streetfighter asli Ducati biasanya didatangkan dengan rekaan ikonik ekzos sisi bentuk senapang patah yang terkenal di Eropah sejak 20 tahun lalu.
Sudah tentu, kita sudah melihat banyak motosikal jalanan jenama lain menggunakan tetapan ekzos tradisional, tetapi itu tidak bermakna Ducati selamanya kekal dengan pilihan sedia ada.
Kami jangka kedua-dua model, 959 Panigale (jika nama ini diteruskan) dan Streetfighter V4 akan debut pada acara khas di Rimini, Oktober nanti bersama barisan Ducati (2020) lain. Kemudian, model itu akan ditayangkan kepada umum pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019.
BACA >>> #Spyshot: Ducati 959 Panigale Dikesan Sedang Ditunggang Uji
SUMBER: AsphaltAndRubber
Leave a Reply