• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta F3 800 Unicef Italia - Model Edisi Khas untuk Kutip Dana Kanak-Kanak, RM467k

MV Agusta F3 800 Unicef Italia - Model Edisi Khas untuk Kutip Dana Kanak-Kanak, RM467k

August 14, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MV Agusta F3 800 tidak memerlukan sentuhan berlebihan kerana penampilan supersport ini sememang sudah menarik. Motosikal ini adalah antara beberapa model supersport yang tidak memerlukan seragam radikal supaya nampak cantik. Imej minimalis sudah cukup membuatkan F3 800 dilihat sebagai objek seni dua roda.

Terbaharu, MV Agusta memanfaatkan F3 800 untuk kerja kebajikan dengan menghasilkan seragam khas berkongsepkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) sebagai sebahagian barangan lelongan untuk menyokong organisasi berkenaan.

Warna biru muda Unicef dijadikan strip bahagian muka depan, tangki minyak, fairing dan ekor belakang. Logo dan perkataan Unicef pula dapat dilihat pada fairing sisi, panel belakang dan tangki minyak.

BACA >>> #Videotomotif: MV Agusta Sahut Cabaran Buka Penutup Botol Guna F3 800

Model ini berjaya mengumpul dana sebanyak €100,000 (RM467,450) pada majlis Unicef Summer Gala di Sardinia, Itali untuk membantu kanak-kanak sedunia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MV Agusta, Timur Sardarov gembira kerana F3 800 Unicef Italia mendapat perhatian pembeli yang bermurah hati.

"Semua motosikal kami adalah buatan tangan yang tersemat sejumlah kebanggaan, semangat dan pengalaman luar biasa untuk menghasilkannya. Unit istimewa ini sangat unik kerana melibatkan lelaki dan wanita dalam pembuatannya," katanya. lagi.

BACA >>> 15 Fakta Pantas Tentang MV Agusta F3 RC (2018) - 800 dan 675

SUMBER: AsphaltAndRubber

Related

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MV Agusta, MV Agusta F3 800, MV Agusta F3 800 Unicef Italia, roda2, sport bike, supersport, Timur Sardarov, Unicef

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev