• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UK Mungkin Haramkan Guna Kit Bebas Tangan Sambil Memandu

UK Mungkin Haramkan Guna Kit Bebas Tangan Sambil Memandu

August 14, 2019 By Han Othman Leave a Comment

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU di Britain mungkin dilarang menggunakan kit bebas tangan selepas kajian mendapati ia juga tidaklah lebih selamat berbanding menjawab telefon menggunakan tangan.

Jawatankuasa Pilihan Pengangkutan (TSC) berkata, Kerajaan kini sedia menimbangkan cadangan penggubalan undang-undang penggunaan telefon bimbit sambil memandu menerusi konsultansi awam yang mana keputusan akan diperoleh menjelang penghujung 2019.

TSC turut menyarankan Kerajaan menaikkan jumlah penalti ke atas pemandu yang menggunakan peranti tangan seperti telefon bimbit, termasuk mendesak polis bertindak tegas dalam menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

pemandu-uk-1
pemandu-uk-2
lilian-greenwood-mp-britain

Pengerusi TSC, yang juga Ahli Parlimen Britain, Lilian Greenwood berkata, walaupun berdepan risiko sebenar terhadap diri sendiri, penumpang dan pengguna jalan raya lain, masih ramai pemandu berterusan melanggar undang-undang dengan menggunakan telefon bimbit sambil memandu.

"Jika penggunaan telefon bimbit ketika memandu mahu diterima umum sama seperti memandu mabuk, banyak usaha diperlukan untuk mendidik pemandu tentang risiko dan akibat perbuatan tersebut. Pemandu perlu tahu risiko besar jika mereka ditahan, dan juga akibat serius disebabkannya.

"Ada juga anggapan salah tentang peranti bebas tangan sebagai cara selamat menggunakan telefon. Realitinya, sebarang menggunakan telefon itu sebenarnya sudah menjejaskan kemampuan pemandu untuk beri perhatian penuh ketika memandu. Kerajaan sepatutnya menimbangkan meluaskan perintah larangan.

"Setiap kematian dan kecederaan serius disebabkan memandu sambil menggunakan telefon bimbit adalah tragedi yang boleh dielakkan. Kita perlukan larangan tegas, penguatkuasaan lebih baik dan lebih pendidikan untuk menjadikan jalan raya kita lebih selamat untuk semua," kata Lilian lagi.

SUMBER: MCN

Related

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hands-Free Kit, Jawatankuasa Pilihan Pengangkutan (TSC), kajian, Kit Bebas Tangan, Lilian Greenwood, Peranti Bebas Tangan, Telefon Sambil Memandu, Transport Select Comittee (TSC), Undang-Undang Jalan Raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev