• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 360 Leasing: Pandu Porsche Cayenne, Panamera dengan Bayar Sewa Bulanan Sahaja

360 Leasing: Pandu Porsche Cayenne, Panamera dengan Bayar Sewa Bulanan Sahaja

August 13, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

305
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIME Darby Auto Performance (SDAP) selaku pengedar kenderaan Porsche di Malaysia buat kali pertama memperkenalkan program pembiayaan pajakan 360 Leasing, khas buat pelanggannya.

Program 360 Leasing itu membolehkan pelanggan persendirian atau syarikat memandu Porsche baharu (Cayenne dan Panamera buat masa ini) setiap tiga tahun, atau perbatuan 60,000km hanya dengan menerusi bayaran sewa bulanan sepanjang tempoh tersebut.

PORSCHE CAYENNE
PORSCHE PANAMERA

Bagaimanapun, pelanggan perlu membayar deposit sekuriti 10 atau 25 peratus, dan akan dipulangkan semula mengikut nilai kenderan yang dipilih selepas tempoh pajakan tamat.

Pelanggan juga boleh memilih untuk menaik taraf pajakan sedia ada, menukar kereta terkini dalam barisan model sama selain memanjangkan tempoh pajakan, atau pulangkan semua kereta kepada SDAP. Apa yang penting, pelanggan tidak perlu bimbang tentang nilai jualan semula.

Malah, cukai jalan, dan pakej insurans, termasuk perlindungan cermin depan, bencana alam dan bantuan jalanan 24 jam turut diberikan percuma. Kenderaan Porsche di bawah program 360 Leasing ini turut didatangkan dengan jaminan dan pakej servis di pusat pengedar sah Porsche.

Apa tunggu lagi?

BACA >>> Porsche 911 Carrera S dan Carrera 4S Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM1.15 juta

BACA >>> Porsche 356 Coupe (1952) Versi Besi Buruk Ini Mahu Dijual RM336k!

Related

305
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Porsche Cayenne Malaysia, Porsche Malaysia, program pembiayaan pajakan 360 Leasing, program pembiayaan pajakan 360 Leasing porsche, sewa porsche cayenne, sewa porsche panamera

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev