• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Porsche 356 Coupe (1952) Versi Besi Buruk Ini Mahu Dijual RM336k!

Porsche 356 Coupe (1952) Versi Besi Buruk Ini Mahu Dijual RM336k!

April 4, 2019 By AO 1 Comment

FacebookTwitter


SEKALI pandang Porsche 356 Coupe (1952) ini memerlukan banyak wang untuk dibelanja supaya dapat dibaik pulih seperti baharu. Bagaimanapun, anda mungkin berfikir banyak kali kerana harga dalam kondisi 'besi buruk' ini saja sudah bernilai AS$82,500 (RM336,800). Itulah harga yang tertulis pada label 'Buy It Now' dalam laman eBay.

Kenapa mahal sangat?

Menurut maklumat tertera, Porsche 356 itu cuma dimiliki seorang pemilik sejak kali pertama dibeli pada awal 1970-an dengan warna badan asal, Fish Silver Grey (perak) yang dalam keadaan cahaya tertentu akan nampak kebiru-biruan. Bagaimanapun, kondisi sekarang sudah tentu jauh berbeza dengan kesan karat menutupi sepenuhnya badan kereta.

BACA >>> Belum Pun Dilancarkan, Model EV Porsche Taycan Tarik Minat 20k Bakal Pembeli

Kesan karat dapat dilihat di mana-mana, daripada panel badan hingga rim. Lampu belakang asal juga sudah hilang, termasuk lencana Porsche.

Rupa kabin juga sama, turut berkarat pada segenap sudut yang dapat dikesan pada lantai dan pintu serta permukaan dalaman. Semua sudah tertanggal dan mereput serta perlu dibalut semula. Jadi kerja-kerja restorasi pastinya menelan belanja besar dan mengambil masa lama untuk disiapkan. Itu belum termasuk proses membaik pulih struktur dan enjin supaya dapat beroperasi semula dengan baik.

BACA >>> #TahukahAnda: Porsche Keluar Video Rasmi Ajar Cara Sebut Porsche Versi Original

Bagaimanapun, jika besi buruk ini dapat dipulihkan dengan sukses pada kos yang munasabah, si pemilik baharu tiada masalah untuk melelongkan model vintaj ini pada harga lebih AS$200,000 (RM816,000)! Wow!

GALERI
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Besi Buruk, lelong, Modifikasi, Porsche, Porsche 356 Coupe (1952), Restorasi, Roda4

Comments

  1. Ismail says

    April 10, 2019 at 12:22 PM

    Itu maybe ada nilai klasik atau keluarannya yang tak banyak. Di Malaysia ni pulak, pernah tak dengar cerita nombor pendaftaran siri khas "Malaysia 4514" nak dijual pada harga RM2.25 juta.. Apakah alasannya? Mungkin hanya owner boleh memberikan jawapan..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my