PADA awal perlumbaan GP Austria, peminat sukan permotoran sempat dikejutkan dengan desas-desus Alex Marquez sudah melakukan perbincangan serius untuk berlumba dengan pasukan Petronas SRT Moto2, musim depan.
Sayangnya, perbincangan yang tinggal selangkah saja lagi itu kecundang kerana tidak mendapat restu Yamaha selaku pasukan satelit diwakli Petronas.
Alex, juga adik kepada juara dunia lima kali, Marc Marquez, yang diwakili Emilio Alzamora ini dilaporkan sudah berbincang dengan pengurus Petronas, Johan Stigefelt. Difahamkan, Alzamora mahukan jaminan Petronas untuk menempatkan Alex dalam kelas premier MotoGP musim 2021.
BACA >>> Dovi Gagalkan Hasrat Marquez Lengkapkan Kemenangan di Semua Litar MotoGP
Mengimbas semula pada 2018, nama Alex sudah pernah disebut untuk beraksi dalam MotoGP, tetapi Pengarah Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis ketika itu berkata, agak janggal melihat pelumba Yamaha berlumba menentang saudaranya sendiri yang mewakili pasukan lawan.
Tawaran Petronas SRT yang bercita-cita tinggi itu dibayangi kata-kata Jarvis tahun lalu Alex tiada tempat untuk Yamaha. Menurutnya, Alex boleh membocorkan rahsia Yamaha kepada abangnya yang berlumba untuk Repsol Honda.
BACA >>> Tech3 Tawar Hafizh Syahrin Kembali ke Moto2 Musim Depan
Jarvis berkata;
"Apa dilakukan Petronas SRT di Moto2 bukan urusan kami. Tetapi Yamaha sendiri belum memikirkan soal senarai barisan pelumba untuk 2021. Saya tak boleh cakap lebih daripada itu."
Muncul juga spekulasi keputusan Yamaha menutup pintu buat Alex adalah disebabkan perseteruan sengit antara pelumbanya, Valentino Rossi dengan Marquez.
BACA >>> Marc Marquez Setuju Lanjut Kontrak 2 Tahun dengan Repsol Honda Team Hingga 2020
PERBINCANGAN BERAKHIR DI AUSTRIA
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali mengakui gagal mencapai kata sepakat mengenai usaha merekrut Alex sebagai pelumba pasukan itu. Ini bermakna Alex akan kekal dengan pasukan lamanya.
Pengurus Pasukan Petronas Yamaha SRT, Wilco Zeelenberg turut mengakui perbincangan dengan Alex berakhir pada Jumaat lalu.
"Saya bertanggungjawab untuk Petronas di MotoGP, dan Johan (Stigefelt) untuk Moto2. Saya tahu perbincangan kami berhenti di Austria," katanya.
BACA>>>Prestasi Yamaha M1 (2020) Bakal Pengaruhi Masa Depan Rossi
Berita ini dikuatkan lagi dengan mesej media sosial tentang Alex yang menandatangani kontrak baharu untuk terus berlumba bersama pasukannya, EG 0,0 Marc VDS musim depan.
⚠️Alex Márquez renews with Team Estrella Galicia 0,0 Marc VDS for 2020! We are happy and proud to be able to share another season with this 🔝 rider to achieve the most ambitious goals in the Moto2 class!#Moto2 #Teameg00marcvds #morethanateam pic.twitter.com/2DIt8t1XxI
— Team EG 0,0 Marc VDS (@TeamEG00MarcVDS) August 13, 2019
Alex ketika ini mendahului ranking Moto2 dengan mengutip 181 mata dan meraih lima kemenangan. Dia khabarnya nekad bertahan di Marc VDS jika tiada peluang naik ke kelas premier musim depan. Namun, dia kini khabarnya berpeluang menggantikan tempat Johann Zarco dalam pasukan Red Bull KTM Factory Racing.
Bayangkan Alex berlumba dalam MotoGP untuk pasukan Yamaha. Alzamora pula pengurus peribadi untuk Alex dan abangnya, Marquez, tetapi berada di padok pengilang berbeza yang saling berseteru.
Ada pendapat liar, dia boleh jadi perisik Yamaha dan Honda serentak. Kata orang, dua-dua pun boleh mark-up. Hmm...
Leave a Reply