• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Kereta Terbang' NEC Mampu Terapung Seminit, Setinggi 3 Meter

'Kereta Terbang' NEC Mampu Terapung Seminit, Setinggi 3 Meter

August 13, 2019 By Han Othman Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR produk elektronik dari Jepun, NEC berjaya menghasilkan 'kereta terbang', yang dibangunkan bersama  syartikat start-up tempatan, Cartivator yang berupa dron gergasi dengan empat unit propeler dan mampu terapung dengan stabil selama kira-kira seminit, manakala jarak ketinggian dari tanah pula mencecah 3 meter.

Ujian dilakukan dalam sangkar khas bagi tujuan keselamatan di fasiliti NEC dekat pinggir bandar Tokyo sambil disaksikan beberapa kumpulan wartawan yang sebelum itu dimaklumkan tentang langkah keselamatan tinggi yang perlu diambil.

Syarikat di Jepun itu bertuah kerana mendapat sokongan tinggi Kerajaan yang memang berhasrat membangunkan kereta terbang untuk dijadikan pengangkutan komersial menjelang 2030. Segalanya bermula selepas tragedi tsunami, gempa bumi dan bencana nuklear yang melanda Fukushima, timur laut Jepun pada 2011.

BACA >>> Menteri: Kereta Terbang Sudah 75 Peratus Siap, Dibangunkan Syarikat Tempatan

Tokyo mendapatkan Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah akses ke kawasan yang terjejas akibat bencana alam. Malah ia juga boleh digunakan untuk tujuan pelancongan dan penghantaran.

DISOKONG KERAJAAN, DAN LEBIH 80 PENAJA

kereta-terbang-nec-cartivator-jepun-2
kereta-terbang-nec-cartivator-jepun-2
kereta-terbang-nec-cartivator-jepun-4
kereta-terbang-nec-cartivator-jepun-5
kereta-terbang-nec-cartivator-jepun-1

Cartivator pernah melakukan ujian sama pada 2011, tetapi gagal. Selepas bekerjasama dengan NEC, misi itu berjaya direalisasikan. NEC ialah antara lebih 80 syarikat penaja untuk kereta terbang Cartivator itu, selain penaja utama lain seperti Toyota Motor Corp dan Bandai Namco Holdings.

Dipanggil sebagai EVtol sebagai singkatan untuk kenderaan 'electric vertical takeoff and landing' (kenderaan elektrik mendarat dan berlepas vertikal), kereta terbang ini didefinisikan sebagai pesawat udara atau elektrik hibrid dengan kemampuan terbang tanpa pemandu dan boleh mendarat dan berlepas secara menegak.

Seperti mana konsep kereta terbang lain, ia cukup luas untuk memuatkan manusia, dan lebih baik daripada helikopter yang mahal untuk disenggara, bising ketika terbang dan memerlukan juruterang terlatih.

nec-logo
cartivator-logo

Jika mengambil kira perkembangan teknologi semasa, Jepun boleh dikatakan terlambat dalam membangunkan kereta terbang. Negara seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China terlebih dahulu menguar-uarkan prototaip kereta atau motosikal terbang masing-masing.

BACA >>> Aerodyne Group: Bukan Kereta Terbang, Sebetulnya Kereta Konsep Dron

Malah, Malaysia juga khabarnya akan memperkenalkan prototaip kereta terbang tahun ini. Ya, tahun sama ketika Jepun menerusi NEC baru saja memperkenalkan kereta terbang mereka.

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cartivator, Dron, Kereta Terbang, Kereta Terbang Jepun, NEC, syarikat start-up, teknologi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev