• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Teknologi SRV - Cara Vauxhall Atasi Masalah Titik Buta Pada Van Komersial

Teknologi SRV - Cara Vauxhall Atasi Masalah Titik Buta Pada Van Komersial

August 13, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASALAH titik buta (blind spot) kenderaan menjadi antara teknologi yang paling kerap diberikan perhatian. Paling popular ialah teknologi Sistem Maklumat Titik Buta (Blind Spot Information System - BLIS) yang dibangunkan Volvo.

BLIS berfungsi mengesan sebarang kehadiran kenderaan di sisi kereta yang sukar dilihat mata pemandu dan kemudian memberikan amaran dalam bentuk nyalaan lampu di bucu pintu kiri dan kanan.

Honda pula membangunkan teknologi LaneWatch yang akan mengaktifkan kamera sisi dengan memaparkan situasi tepi kereta apabila pemandu mengaktifkan lampu signal. Teknologi ini sangat sesuai digunakan negara kita kerana ada banyak jumlah kenderaan kecil seperti motosikal, dan patut dijadikan ciri wajib kenderaan.

BACA >>> Asean NCAP Uji Pembangunan Teknologi Titik Buta, Bakal Jadi Standard Ujian Baharu

TEKNOLOGI TITIK BUTA UNTUK VAN KOMERSIAL

Di negara luar seperti Eropah, teknologi sama turut membantu pemandu mengesan penunggang basikal dan pejalan kaki. Vauxhall pula pergi lebih jauh dengan memasang dua kamera untuk van perdagangan Combo Cargo. Van komersial dan lori sebenarnya ada lebih banyak ruang titik buta dan lebih kritikal untuk dipasangkan teknologi itu.

Vauxhall menamakan teknologi tersebut sebagai sistem kamera Penglihatan Belakang Keliling (Surround Rear Vision - SRV) yang bertujuan melindungi pengguna jalan raya lain. Sistem ini sangat sesuai digunakan di kawasan bandar sesak dengan memberikan jangkauan penglihatan luas selain membantu pemandu van mengawal dan membelok lebih selamat.

Sistem SRV tidak hanya memberikan jangkauan penglihatan pada kawasan titik buta sebelah penumpang depan, tetapi juga membantu memaparkan imej jelas belakang van. Sistem ini berguna untuk mengelak risiko pelanggaran dengan penunggang basikal dan pejalan kaki apabila membelok ke kiri.

vauxhall-combo-1
vauxhall-combo-2
vauxhall-combo-3
vauxhall-combo-4
vauxhall-combo-5
vauxhall-combo-6
vauxhall-combo-7
vauxhall-combo-8
vauxhall-combo-9
vauxhall-combo-10

BAGAIMANAKAH SRV BERFUNGSI?

Selain Vauxhall, teknologi SRV turut dikongsi subsidiari PSA Group lain seperti Opel dan Citroen.
  • Menggabungkan dua kamera yang memberikan pandangan sisi penumpang depan dan belakang.
  • Kamera pertama diletakkan atas pintu kargo untuk pandangan belakang. Apabila mengundur dan parkir, paparan kamera akan ditayangkan pada skrin khas bersaiz 5 inci.
  • Apabila mengundur atau parkir, pemandu boleh menukar paparan untuk pandangan jarak dekat atau lebar.
  • Pandangan lebar turut boleh dipaparkan ketika van dipandu ke depan dengan jarak 4 meter hingga lebih 30 meter ke belakang van.
  • Kamera kedua dipasangkan di bawah cermin sisi sebelah penumpang depan yang akan memaparkan pandangan bahagian tepi hingga belakang kenderaan.
  • Paparan boleh digunakan untuk memeriksa kehadiran penunggang basikal atau pejalan kaki sekitar kawasan titik buta, sekali gus mencegah risiko kemalangan akibat titik buta ketika membelok.

Teknologi ditawarkan Vauxhall ini adalah salah satu ciri Pek Parkir (Parking Pack) yang turut memuatkan sensor parkir depan dan belakang, cermin sisi boleh lipat elektrik, lampu kabus depan dan sensor sisi ultrasonik.

Pakej ini boleh dipesan pada harga £666.67 (RM3,37o). Seperti dinyatakan, teknologi titik buta memang patut dijadikan ciri wajib untuk kenderaan persendirian dan perdagangan kerana manfaat diberikan terbukti mampu meningkatkan aspek keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya lain.

BACA >>> #BikinKereta: Ford Transit Custom - Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty

Related

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: blind spot, Penglihatan Belakang Keliling (SRV), PSA Group, Roda4, Surround Rear Vision (SRV), teknologi, Teknologi Titik Buta, Titik buta, Van Komersial, Vauxhall, Vauxhall Combo Cargo, Vauxhall Combo Cargo (2019), Vauxhall Parking Pack

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev