• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Peugeot 3008 Edisi Serba Lasak, Mampu Redah Sungai, Bukit dan Hutan

#BikinKereta: Peugeot 3008 Edisi Serba Lasak, Mampu Redah Sungai, Bukit dan Hutan

August 13, 2019 By Abang Hirata 1 Comment

399
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEUGEOT memang ada menawarkan model menarik di pasaran tempatan. Pada suatu masa, pengeluar Perancis ini cukup popular dengan model 206, disusuli 308 dan kemudian 208. Terbaharu, muncul pula kenderaan utiliti sukan (SUV) anggun bergaya, 3008.

3008 bukan calang-calang SUV kerana pernah dinobatkan sebagai Kereta Terbaik 2018 dalam Anugerah Kereta Terbaik Tahunan (COTY) Malaysia.

SUV ini hadir sebagai alternatif kepada pembeli yang mahukan sesuatu yang di luar arus perdana seperti Proton X70 atau Honda CR-V yang banyak mendominasi jalan raya negara ini. 3008 boleh dianggap sebagai sensasi sebenar kereta Eropah,  dan lebih menarik, ia ditawarkan pada harga kompetitif.

Bercerita tentang SUV masa kini, adakah kenderaan segmen itu mampu digunakan untuk memandu off-road? Mampukah ia meredah hutan seperti jip atau kereta pacuan empat roda (4x4) seperti era lalu?

Ya, memang sangat jarang kedengaran kerana kebanyakan SUV hari ini dibina sebagai kenderaan gaya hidup untuk memenuhi cita rasa pelanggan aktif atau kalangan pembeli yang mahukan kenderaan profil tinggi atas jalan.

BACA >>> Lepas Pandu Uji Peugeot 3008, Inilah Pandangan Kami! Mampukah Cabar Proton X70?

PROJEK KHAS USAHA PEUGEOT

3008 edisi off-road ini ialah projek one-off untuk menunjukkan kemampuan sebenar SUV itu yang mungkin tidak pernah difikirkan umum atau pemiliknya. Menariknya, ia dibikin Peugeot sendiri untuk dijadikan SUV lasak yang mampu meredah laluan berlumpur, tidak berturap, jeram, bukit dan hutan. Ia juga projek majalah Top Gear untuk meneroka laluan di utara Ho Chi Minh, Vietnam.

3008 yang digunakan ialah varian 1.6L PureTech GT Line yang diubah suai untuk menangani pelbagai cabaran rupa bumi sepanjang laluan ke sana. SUV ini dipasangkan tayar off-road Grippy Cooper AT3 dengan rim besi 17 inci, manakala bahagian depan dipasangkan plat skid untuk melindungi bahagian bawah enjim.

Bagi muatan, rak aluminium Rival dipasangkan atas bumbung, lengkap dengan lampu LED untuk pencahayaan tambahan. Uniknya, pemandu dan penumpang boleh beristirahat atas bumbung dengan khemah boleh buka ARB Simpson. Cukup praktikal!

Bahagian luar dihiasi grafik khas, manakala belakang but tersedia rak khas untuk menggantung basikal sebagai pengangkutan tambahan apabila tiba di destinasi kelak.

Projek ini cukup menarik. Sebenarnya ia membawa kita mengimbau semula asal-usul sebenar SUV, iaitu sebagai jip dan 4x4 pelbagai guna serba lasak yang boleh dipandu ke mana-mana sahaja sama ada meredah rimba konkrit atau rimba belantara.

BACA >>> Peugeot 508 Baharu Sah Masuk Malaysia Tahun Ini - Rekaan Memang Awesome!

GALERI
Peugeot 3008 Off-road.01
Peugeot 3008 Off-road.02
Peugeot 3008 Off-road.03
Peugeot 3008 Off-road.04
Peugeot 3008 Off-road.05
Peugeot 3008 Off-road.06
Peugeot 3008 Off-road.07
Peugeot 3008 Off-road.08

Related

399
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bikin Kereta, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), off-road, Peugeot, Peugeot 3008, Roda4, Segmen C, SUV, SUV Segmen-C

Comments

  1. PeminatOverland says

    August 15, 2019 at 3:34 PM

    gambar jerrr? xda video ka?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev