• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Ferrari California T (2014)

PREVIU: Ferrari California T (2014)

May 22, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Ferrari California T 005

Ferrari California T 004  Ferrari California T 003  Ferrari California T 002  Ferrari California T 001

MODEL Ferrari paling praktikal dan mampu milik, California T melakukan debut di pasaran tempatan dalam perlancaran eksklusif yang berlangsung di bilik pameran Naza Italia, sebentar tadi. Bersama revolusi turbo, California T menampilkan enjin V8 pengecajturbo berkembar diperbaharui dalam rekabentuk konvertibel GT (Grand Tourer).

Generasi terbaharu California kali ini bukan sahaja pantas dengan enjin berkuasa dan efisien, pada masa sama mengekalkan deruman menggetarkan jiwa yang menjadi signatur Ferrari. Selain kemas kini ruang kabin dan peningkatan prestasi, tranformasi coupe kepada konvertibel (bumbung terbuka) dapat dibuat dalam 14 saat sahaja, sekali gus menjadikan pemanduan cukup mengujakan.

California T membawa semangat elegan, sporty dan versatiliti serta eksklusif yang sememangnya diwarisi model itu sejak 1950-an. Kereta ini bukan sahaja sarat dengan inovasi menjangkaui jangkaan peminat automobil yang meletakkan keseronokan pemanduan sebagai prioriti, tetapi juga kalangan mereka yang mahukan faktor keselesaaan mewah sebuah Grand Tourer yang boleh dipandu secara harian.

Sepasukan jurutera pakar dari Maranello, utara Itali bertanggungjawab menghasilkan enjin klasik Ferrari berkualiti dengan tahap responsif, prestasi dan pecutan mengagumkan pada setiap kelajuan. Malah, teknologi turbo diperbaharui mampu mengurangkan kadar emisi dan penggunaan bahan bakar secara drastik tanpa mengetepi faktor prestasi enjin.

Enjin suntikan terus turbo 3,855cc V8 meledakkan kuasa setinggi 560cv (hp) pada 7,500rpm dengan output kuasa 145cv/l, tertinggi dalam kategorinya, bersama keupayaan tork maksimum 755Nm dalam gear tujuh. Tidak hairan angka prestasi diberikan mewajarkan pecutan 0-100kmj dicapai sepantas 3.6 saat.

Menerusi teknologi enjin baharu ini, sela turbo disingkirkan secara virtual dengan mengurangkan inersia dan mengadaptasi teknologi Formula Satu (F1) pada aci engkol flat-plane sebagai tambahan kepada inovasi turbin tatal-kembar (twin-scroll). Peningkatan daya pikap ditala sempurna perisian Pengurusan Rangsangan Variabel (VBM) yang berfungsi melaraskan hantaran tork untuk disesuaikan dengan posisi gear, termasuk meminimumkan penggunaan bahan api.

California T kini sedia dikunjungi peminat fanatiknya di bilik pameran Naza Italia dengan harga pengenalan RM888,800, tidak termasuk duti dan opsyen personal.

Jika California T menjadi milik anda, Ferrari menawarkan program lanjutan waranti tujuh tahun pertama yang meliputi semua penyenggaraan biasa jentera ini. Program penyenggaraan berjadual ini adalah servis eksklusif khas buat pemilik Ferrari bagi memastikan kereta anda kekal dalam prestasi terbaik dan selamat dipandu.

Ferrari California T 006

Ferrari California T 010  Ferrari California T 009  Ferrari California T 008  Ferrari California T 007

SPESIFIKASI
ENJIN 3,855 cc suntikan terus 90° V8
TRANSMISI F1, klac duaan 7-kelajuan + undur
KUASA MAKSIMUM 560cv (hp)@t 7,500 rpm
TORK MAKSIMUM 755Nm@4,750rpm dalam gear 7
0-100KMJ 3.6 saat
0-200KMJ 11.2 saat
KELAJUAN MAKSIMUM 316kmj
TAYAR 245/40 ZR19" (hadapan), 285/40 ZR19" (belakang); 245/35 ZR20" (hadapan-opsyen), 285/35 ZR20" (belakang-opsyen)
SUSPENSI Double wishbone (hadapan), multilink (belakang)
CIRI ESC dengan sistem F1-Trac (Kawalan Stabiliti dan Traksi)
HARGA RM888,800 (tidak termasuk duti dan opsyen personal)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ferrari, Ferrari California T, Naza Italia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev