• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Tech3 Tawar Hafizh Syahrin Kembali ke Moto2 Musim Depan

Tech3 Tawar Hafizh Syahrin Kembali ke Moto2 Musim Depan

August 7, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

468
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PRINSIPAL Tech3, Herve Poncharal menawarkan slot Moto2 buat Hafizh Syahrin untuk saingan musim depan, tetapi pelumba negara itu belum memberikan sebarang kata putus.

Hafizh bergelut menyesuaikan diri dengan jentera KTM sepanjang musim ini dengan hanya mengutip 3 mata keseluruhan. Lebih mendukacitakan, tempatnya bersama KTM Tech3 akan digantikan rookie Moto2, Brad Binder untuk saingan tahun depan.

BACA >>> Tiada Tempat untuk Hafizh, KTM Tech3 Rekrut Brad Binder ke MotoGP 2020

Herve berkata, dia sudah bercakap dengan Hafizh dalam beberapa perlumbaan sebelum ini mengenai kemungkinan tempatnya bakal diganti pelumba lain. Jadi berita tentang kemasukan Binder tidak begitu mengejutkan.

"Dia buat banyak perkara terbaik bersama kami dan banyak membantu apabila Jonas Folger tiada tahun lalu.

“Sebenarnya sudah jelas sejak awal (Hafizh) Syahrin lebih memiliki kesempatan bersama kami dalam Moto2 (2020). Semua bergantung kepada dia dan saya akan putuskan barisan pelumba Moto2," katanya.

Hafizh Syahrin
Herve dan Hafizh Syahrin
Hafizh-Syahrin

Ketika ditanya mengenai kemungkinan kekal bersama Tech3 dalam Moto2, berikut jawapan Hafizh;

“Saya ada satu atau dua pilihan, dan Herve berminat letakkan saya dalam Moto2. Buat masa ini saya tak dapat putuskan, tetapi Moto2 dengan KTM tidak terlalu susah untuk faham karakter jenteranya.”

Menurut Hafizh lagi, dia juga ada pilihan untuk bersama Petronas Sprinta yang sebelum ini pernah disertainaya dalam saingan Moto2 (2014-2017) sebelum melangkah ke MotoGP.

"Saya dah cakap dengan Herve, termasuk Razlan. Saya tak dapat sahkan 100 peratus, saya perlu tunggu mungkin sampai (GP) Austria sebelum dapat tahu ke mana hendak pergi," katanya.

BACA >>> Bos KTM Tech3:Hafizh Kena Lupakan Apa Dia Buat Musim Lalu

SUMBER: Motosport

Related

468
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2019 MotoGP, Hafizh Syahrin, Herve Poncharal, KTM, Moto2, moto2 2019, MotoGP, roda2

Comments

  1. padzli says

    August 8, 2019 at 9:27 AM

    Moto 2 pun tak apa janji suksuss

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev