• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Prototaip Ducati 916 Milik Massimo Tamburini Ditayangkan di Muzium Ducati

Prototaip Ducati 916 Milik Massimo Tamburini Ditayangkan di Muzium Ducati

August 7, 2019 By Aryon Leave a Comment

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA meraikan aniversari pengeluaran Ducati 916 yang ke-25 tahun, pengeluar motosikal dari Itali itu kini mempamerkan jentera 916 milik pereka legenda, Massimo Tamburini kepada pengunjung Muzium Ducati (Museo Ducati) di Bologna, Itali.

Tamburini ialah pereka yang bertanggungjawab menghasilkan 916, termasuk beberapa model motosikal legenda lain. Sentuhan imaginasi dan kejuruteraan membuatkan beliau terkenal dengan julukan Michelangelo permotoran. Michelangelo ialah pelukis, pemuisi dan arkitek terkenal Itali pada zaman pertengahan.

Pameran 916 tersebut adalah hasil kerjasama antara Muzium Ducati dan anak perempua Tamburini, Simona Tamburini yang kini memiliki model berkenaan.

BACA >>> Ducati Panigale V4 25º Anniversario 916 Sempena Tribut Superbike Ikonik 916

CUMA ADA 3 UNIT DI DUNIA

Ducati 916 (1994)
Ducati 916 (1994)
ducati-916-massimo-tamburini-4

Mengenai 916 milik Tamburini, model tersebut adalah satu daripada tiga prototaip yang dibangunkan pereka asal Rimini, Itali itu sebelum dikeluarkan secara rasmi pada 1994. Tamburini  sebelum itu pernah membangunkan Paso 750 untuk Ducati.

Namun, debut 916 pantas melonjakkan reputasi Tamburini sebagai pereka disegani dan dianggap sebagai pencetus revolusi baharu dalam dunia motosikal. Beliau dikatakan membangunkan casis dan aerodinamik 916 mengikut spesifikasi Jalan Rimini, termasuk di litar Mugello dan Misano.

Tempoh pembangunan pula mengambil masa 6 tahun untuk mengkaji setiap perincian pembuatan 916. Menariknya, ia dilakukan tanpa ujian khas terowong angin.

BACA >>> Model MV Agusta Paling Rare, F4 Tamburini yang Cuma Ada Satu di Dunia Akan Dilelong

Tamburini dan dua model ikonik sentuhannya.

Jika ke Muzium Ducati, pengunjung dapat menyaksikan perincian 916 yang sangat mirip dengan 916 SP Series, iaitu model paling berprestasi tinggi dalam siri 916. Material digunakan hampir sepenuhnya daripada gentian kaca, manakala konveyor udara, madgad depan, kotak udara, paip ekzos dan pemegang plat nombor daripada gentian karbon.

Lagi, model ini turut dilengkapkan komponen lumba seperti rim magnesium lima jejari dan swingarm sebelah jenis ringan. Uniknya, motor ini tiada lampu signal belok dan odometer, cuma ada takometer dan indikator suhu air.

Jentera ini ditayangkan di Muzium Ducati hingga 15 Januari 2020.

GALERI
Ducati 916 kini ditayangkan di Muzium Ducati
Ducati 916 kini ditayangkan di Muzium Ducati
Tamburini (kiri) sedang menguji ekzos Ducati 916.
Tamburini (kiri) sedang menguji ekzos Ducati 916.
Tamburini (bertali leher) dan pasukan jurutera yang bertanggungjawab membangunkan Ducati 916.
Tamburini (bertali leher) dan pasukan jurutera yang bertanggungjawab membangunkan Ducati 916.
ducati-916-massimo-tamburini-4
Ducati 916 (1994)
Ducati 916 (1994)
Tamburini dan Ducati 916 miliknya.
Tamburini dan Ducati 916 miliknya.
Tamburini dan dua model ikonik sentuhannya.
Tamburini dan dua model ikonik sentuhannya.

Related

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Ducati, ducati 916, Massimo Tamburini, Museo Ducati, Muzium Ducati

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev