• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru Forester Facelift Versi CKD - Harga Bermula RM139,800

Subaru Forester Facelift Versi CKD - Harga Bermula RM139,800

April 14, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Subaru Forester Facelift SELEPAS membuat kemunculan di Bangkok International Motor Show 2016 bulan lalu, Subaru Forester facelift versi pemasangan tempatan (CKD) kini diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Bukan saja tampil dengan rekaan lebih segar, Subaru Forester facelift versi CKD ini turut didatangkan dengan beberapa penambahan ciri baharu.

Sama seperti di Thailand, pasaran Malaysia menerima tiga varian berbeza iaitu Forester 2.0i, 2.0i-P dan XT.

Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift

Untuk makluman, Forester 2.0i dan 2.0i-P adalah model CKD dari kilang pemasangan Tan Chong di Segambut manakala Forester XT masih diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

Menurut Subaru, varian XT hanya akan menjadi model CKD sekiranya mempunyai permintaan tinggi daripada pelanggan.

HARGA: (Termasuk GST tetapi tidak bagi insurans)

  • Subaru Forester 2.0i – RM144,948
  • Subaru Forester 2.0i-P – RM154,488
  • Subaru Forester XT – RM211,729

Lebih menarik untuk masa terhad, Subaru menawarkan rebat tunai bagi setiap pembelian Forester facelift. Varian 2.0i dijual pada harga RM139,800 manakala RM151,800 bagi 2.0i-P.

Subaru Forester Facelift CKDPRESTASI:

Bagi varian 2.0i dan 2.0i-P, kedua-dua varian ini dijana ‘jantung’ Boxer 2.0L DOHC yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 148hp pada 6,200rpm dan tork puncak 198Nm (4,200rpm).

Manakala Forester XT pula didatangkan unit enjin Boxer 2.0L Direct-Injection Turbocharged. Ia mampu menghamburkan kuasa 239hp pada 5,600rpm dan tork setinggi 350Nm (2,400-3,600rpm).

Kesemua varian ini dipadankan dengan kotsak gear Lineartronic CVT bersama pacuan semua roda Symmetrical All-Wheel Drive (S-AWD).

Subaru Forester Facelift CKDCIRI X-MODE:

Bagi memberi kestabilan dan keselamatan, kesemua varian didatangkan dengan ciri X-Mode yang juga merupakan sistem kawalan All-Wheel Drive.

Menerusi ciri ini, ia membantu pemandu mengendalikan kenderaan dengan stabil dan memberi tindak balas pantas menurut keadaan jalan raya, sekaligus meningkatkan kupayaan off-road.

Sistem suspensi ditambah baik. Ia disokong oleh topang MacPherson pada bahagian hadapan dan Wish-Bones berkembar pada bahagian belakang.

Subaru Forester FaceliftPENAMBAHBAIKAN:

Berbanding versi CBU, Forester facelift ini menerima beberapa penambahbaikan seperti kehadiran gril dan bampar baharu, lampu nyalaan siang LED (varian 2.0i-P & XT) dan lampu belakang berbentuk C. Manakala varian 2.0i hanya dipadankan dengan lampu halogen.

Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift

Selain itu, Subaru Forester fecelift turut menerima kehadiran roda baharu. Varian 2.0i dan 2.0i-P dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17-inci dan dibaluti tayar 225/60R17. Manakala varian XT pula didatangkan dengan rim aloi 18-inci bersama tayar 225/55R18.

DALAMAN:

Ruangan dalaman tampak kekal sama seperti versi terdahulu. Ruangan papan pemuka tampak ringkas dan kemas. Cuma ruangan instrumen dipertingkat menerusi kehadiran panel paparan skrin TFT LCD berwarna yang menyediakan pelbagai informasi termasuk penggunaan bahan api dan data pemanduan.

Subaru Forester Facelift CKDBegitu juga ruangan hiburan yang menerima perubahan yang lebih segar. Ia hadir dengan skrin sesentuh jenama Kenwood DIN berkembar bersama kamera undur. Selain itu, tempat duduk dibaluti kulit menjadi ciri standard pada kesemua varian.

Subaru Forester Facelift CKDKOD RAHSIA – Ciri Baharu:

Lebih menarik, Forester 2.0i-P dan XT dilengkapi ciri membuka pintu tanpa menggunakan kunci. Pemilik hanya perlu memasukkan kod PIN rahsia dan pintu akan terbuka secara automatik. Caranya, tekan kod PIN di bahagian pembuka bonet belakang. Unik bukan?

Bagi anda yang ingin mendekati lagi jentera ini, boleh hadir ke mana-mana bilik pameran Subaru berdekatan. Ingat, dapatkan potongan harga sebanyak RM3,000 bagi setiap pembelian Forester (CKD) untuk masa terhad.

Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD
Subaru Forester Facelift CKD

Related

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Motor Image, Subaru, Subaru Forester 2.0i, Subaru Forester 2.0i-P, Subaru Forester CKD, Subaru Forester Facelift, Subaru Forester Facelift CKD, Subaru Forester XT, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my