• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Bengaluru Lancar Kempen 'Tiada Helmet, Tiada Petrol' untuk Penunggang Motosikal

Polis Bengaluru Lancar Kempen 'Tiada Helmet, Tiada Petrol' untuk Penunggang Motosikal

August 5, 2019 By Aryon Leave a Comment

428
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SAMA seperti negara kita, India juga ada peraturan yang mewajibkan penunggang motosikal memakai helmet, termaktub dalam Republik Act 10054. Namun, di sesetengah bandar tertentu, peraturan itu tidak diendahkan.

Di Bengaluru, pihak polis di bandar raya itu terpaksa memulakan polisi 'Tiada Helmet, Tiada Minyak' (No Helmet, No Fuel), yang mana penunggang motosikal, termasuk pembonceng yang tidak memakai helmet, tidak dibenarkan membeli petrol di mana-mana stesen minyak bandar tersebut.

BACA >>> Benarkah Ubah Suai Tali Jerut Boleh Jejaskan Tahap Perlindungan Helmet?

Pesuruhjaya Trafik Tambahan Bandar Bengaluru, P Harishekaran berkata, polis trafik sudah memaklumkan kepada pemilik pam minyak seluruh bandar tersebut, termasuk menghantar notis kepada syarikat minyak supaya bekerjasama menguatkuasakan kempen 'Tiada Helmet, Tiada Minyak'.

"Ini dilakukan untuk kepentingan, keselamatan dan sekuriti orang ramai," katanya.

BUKAN BANDAR PERTAMA

bengaluru-no-helmet-no-fuel-1
bengaluru-no-helmet-no-fuel-2
bengaluru-no-helmet-no-fuel-3

Bengaluru bukan bandar pertama di India yang melaksanakan inisiatif tersebut untuk keselamatan penunggang motosikal. Pada Jun lalu, negeri Uttar Pradesh dengan populasi pendudukan 200 juta orang turut melancarkan polisi sama, termasuk melarang penunggang motosikal menggunakan lebuh raya Lucknow-Agra jika tidak memakai helmet.

BACA >>> Bawa Masuk Helmet Tidak Patuh Standard Malaysia Akan Dirampas Kastam

Mujurlah penunggang Malaysia sedar tentang kepentingan memakai helmet ketika menunggang di mana-mana saja. Setuju? 😅

Related

428
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bengaluru, helmet, No Helmet No Fuel, No Helmet No Petrol, P Harishekaran, Penunggang Motosikal India, Peraturan, Polis Trafik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev