PENGEDAR rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd (Nasim) melebarkan sayap ke wilayah Selatan menerusi pembukaan Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Johor Bahru (JB), Johor, juga fasiliti ketiga dilancarkan tahun ini selain dua lagi cawangan baharu dijangka dibuka tidak lama lagi.
Pusat 3S di bawah pengedar Eurofrance Sdn Bhd itu, yang dibina atas tapak berkeluasan 14,8000 kaki persegi, memuatkan lapan ruang servis yang mampu menampung hingga 21 unit kenderaan sehari.
Pelaburan Pusat 3S yang menelan kos RM6 juta itu juga bakal menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan Peugeot sekitar kawasan Taman Pelangi, Danga Bay, Kempas, Tampoi, Bandar Baru Uda, Majidee, Skudai dan Damansara Alif.
Selain khidmat servis, Pusat 3S berkenaan turut menyediakan ruangan menunggu selesa, bilik pameran, WiFi percuma dan ruang jualan barangan rasmi Peugeot.
Majlis perasmian disempurnakan Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George dan dihadiri Ketua Pengarah Automobiles Peugeot Wilayah Asean, Lionel Faugeres serta Pengarah urusan Eurofrance, Datuk Wilfred Heng.
Leave a Reply