• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Demi Pelanggan, Perodua Tingkatkan Pengeluaran Aruz, Tidak Perlu Tunggu Lama Lagi

Demi Pelanggan, Perodua Tingkatkan Pengeluaran Aruz, Tidak Perlu Tunggu Lama Lagi

August 1, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARAP bertenang semua! Perodua mengesahkan tempoh menunggu untuk model Aruz kini dapat dipendekkan antara sebulan dan sebulan setengah (mengikut model) berbanding dua bulan setengah seperti sekarang ini berikutan peningkatan operasi pengeluaran.

Dua kilang pengeluaran Perodua kini beroperasi dengan kapasiti 97 peratus, meningkat 96.2 peratus berbanding tahun lalu untuk PMSB (Perodua Manufacturing Sdn Bhd), dan 94.6 peratus untuk PGMSB (Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd), manakala defek per unit (DPU) di dua kilang tersebut mencatatkan penurunan.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Aruz atau Honda BR-V? Ini Jawapan Kami!!!

pandu uji perodua aruz 2019

Menurut Perodua, pencapaian jualan Januari-Julai adalah kira-kira 140,900 unit, dan sepanjang tempoh itu juga sebanyak 17,989 unit Aruz terjual.

Perodua juga optimis untuk mengekalkan sasaran jualan sebanyak 235,000 unit menjelang akhir tahun ini, iaitu peningkatan 3.4 peratus berbanding tahun lalu (227,234 unit).

Pada Julai lalu, Perodua mencatatkan peningkatan sasaran jualan, iaitu 235,000 unit, bertambah 4,000 unit berbanding sasaran 231,000 seperti diumumkan Januari lalu. Peningkatan sasaran jualan itu adalah demi memenuhi permintaan tinggi pelanggan melibatkan semua model semasa.

Jumlah sasaran pengeluaran 2019 ditingkatkan kepada 249,000 unit, penambahan 2.9 peratus daripada sasaran sebelumnya iaitu 242,000 unit.

BACA >>> Perodua Perkenal 5 Pilihan Aksesori GearUp Aruz untuk Lebih Gaya

Aruz X_ Interior
Aruz X_3_4 Front Left
Perodua Aruz Advance Malaysia_PanduLaju_14

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, jualan perodua 2019, jualan perodua aruz, Jualan perodua meningkat, Perodua, Perodua Aruz 2019, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev