• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Beginilah Cara Marc Marquez Berlatih Sepanjang Musim Panas Ini

#Videotomotif: Beginilah Cara Marc Marquez Berlatih Sepanjang Musim Panas Ini

July 31, 2019 By Aryon Leave a Comment

140
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ada tidak tahu yang kekanda Marc Marquez bukan saja pantas atas trek aspal, tetapi juga hebat di trek kotor aka motocross. Lama sebelum mula berlumba dalam Kejuaraan Dunia 125cc MotoGP pada 2008, dia terlebih dahulu mencipta nama dalam aksi sukan motocross.

Malah, seawal usia 4 tahun, Marquez sudah memenangi perlumbaan dirt bike di negara kelahirannya, Sepanyol. Dua kata kunci di sini ialah, 'mula berlumba pada usia muda' dan 'berlumbalah atas trek kotor'.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Cara Rossi Berlatih, Memang Tiada Beza Macam Pelumba Muda!

Video di bawah ini menunjukkan aksi juara dunia itu menunggang jentera motocross, Honda CRF450R di satu trek di llieda, Sepanyol yang baru saja dibuka beberapa bulan lalu kerana sebelum itu ditenggelami air.

Menjelang musim panas, trek tanah merah berpasir itu mula mengering dan dibuka kepada orang ramai untuk berlumba. Walaupun belum kering sepenuhnya, permukaan tanah yang lembap sebenarnya adalah kondisi trek yang sempurna dalam sukan motocross. Ini kerana ia kurang berdebu, dan menawarkan cengkaman jalan yang baik kepada penunggang.

BACA >>> Shoei X-Spirit III Marquez Motegi 3 TC2, Helmet Replika Rai Kemenangan MM93 di Jepun

Tumbuhan pun tidak banyak yang tumbuh kerana persekitaran trek yang lama ditenggelami air. Bagusnya, situasi tersebut membuatkan trek ini bebas halangan sampingan dan membolehkah penunggang fokus sepenuhnya kepada aspek pengendalian.

Melihat klip video di bawah, sesiapa saja yang pernah bermain sukan lasak pasti mengakui kehebatan Marquez di litar motocross itu. Tetapi bagi mereka yang pernah menunggang di trek berturap dan baru hendak berjinak dengan sukan dirt bike, anda dinasihatkan berhati-hati.

Tip mudah dan penting, penunggang dirt bike perlu terlebih dahulu membiasakan diri merasai cengkaman tayar. Ini mengambil masa lama dan memerlukan kesabaran tinggi. Ini kerana apabila tayar hilang cengkaman, apa yang berlaku kepada penunggang biasanya berakhir dengan makan tanah dan motosikal remuk teruk.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Motosikal Motocross, Enduro dan Dwi-Guna?

Sukan motocross juga bagus kepada ibu bapa yang bercita-cita mahu menjadikan anak mereka pelumba profesional. Anda cuma perlu sediakan sebuah dirt bike seawal usia anak masih kanak-kanak. Tidak mustahil seorang lagi Marc Marquez akan dilahirkan.

Related

140
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: dirt bike, Honda CRF450R, Marc Marquez, Marquez Lumba Motocross, MM93, motocross, MotoGP, Motosikal Lasak, Sepanyol, sukan permotoran, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my